Followers

Sunday, June 10, 2012

Tazkirah syahdu Ustaz Muhyiddin !





Antara yang paling seronok semalam 9hb ialah menghayati ucapan atau tazkirah Muhyiddin Yasin sewaktu perasmian Konvensyen Memartabat Islam Memperkasakan Ummah (Kompas) dan pelancaran buku “Melayu Sepakat Islam Berdaulat’ di Putrajaya.

Yang menarik Muhyiddin kata dalam ucapan perasmian  itu ialah: “rakyat Malaysia tidak boleh menolak hakikat bahawa kelangsungan masa depan negara bergantung kepada perpaduan orang Melayu dan umat Islam sebagai umat majoriti di negara ini.”
 
Tapi Muhyiddin Yasin inilah yang juga Menteri Pelajaran yang kata ‘adil’ bila PTPTN melalui arahan Khalid Norin Menteri Pelajaran Tinggi yang fikiran tak tinggi, tarik sekejap pemberian PTPTN kepada pelajar Unisel yang ramainya Melayu dan Islam.

Maka berkata lagi Muhyiddin anak Yasin, “umat Islam pada hari ini menghadapi pelbagai cabaran terutama kecelaruan fikrah Islam yang berpunca daripada penerimaan budaya dan pemikiran liberal barat secara semberono oleh segelintir umat Islam sendiri.”

A’ah kan!?

Paling menarik bila Muhyiddin memberi huraian,“Malah, sejak akhir-akhir ini, terdapat usaha oleh segelintir pihak untuk memanipulasi perjuangan kebebasan dan hak asasi manusia yang berasaskan fahaman liberal barat untuk mencabar syariat Islam, termasuk kempen untuk membenarkan perkahwinan sejenis, perkahwinan antara pasangan berlainan agama dan amalan seks bebas yang secara terang-terangan dilarang oleh agama Islam dan agama lain.”
 
Ini antara contoh fikrah yang tak celaru, agaknya, kan?

Ustaz Muhyiddin Anak Yasin bertazkirah lagi,” Kita tentu sekali tidak ingin melihat kecelaruan fikrah berlaku dalam masyarakat kita yang akhirnya menyebabkan umat Islam berpecah-belah dan tercabut dari akar agamanya.”
 


semoga benar2 tak tercabut akar agama!

Hurai Muhyiddin seterusnya, "Dalam konteks masyarakat Melayu, kita tidak mahu falsafah liberal barat yang meletakkan kehendak dan nafsu individu sebagai matlamat utama kehidupan, menghasilkan bangsa Melayu yang tiada identiti kemelayuan dan ketimurannya, serta hilang jati diri sebagai seorang yang berpegang teguh kepada agama."

 

jati diri unggul dari wahdatul fikr!?


Akhirnya  Muhyiddin berpesan, syahdulah juga, “ adalah penting umat Islam mewujudkan kesatuan pemikiran (wahdatul fikr) berasaskan ajaran Islam sebenar yang berasaskan al-Quran dan Hadis serta disepakati oleh para ulama secara ijma. Oleh itu,  umat Islam perlu segera melakukan jihad ilmu dan pemikiran untuk memahami dan menghayati ajaran Islam secara mendalam serta menjadikan Islam sebagai paksi kehidupan." 
Hebatkan fikrah seorang ayahanda!


1 comment:

Anonymous said...

Hahahahhahahh,,,,,,,,,,,,,,,kahakahkahkahkah....uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu hebatttttttttttt.......eeeemmmmmmmmmmmmm kyusyukkkkkkkkkkkkkkk........