Followers

Thursday, June 07, 2012

Peneroka Felda kini bagaikan ayam daging?



Nasib peneroka Felda akibat penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia, kian kelam. Rupanya selama ini para peneroka Felda seolah-olah bagai diternak seperti menyternak ayam daging sehingga berisi dan berdaging kenyal untuk kemudiannya ‘dikorbankan’. Esok pagi ayam-ayam daging yang sedang duduk rehat menikmati sedikit imbuhan itu bakal ‘disembelih’ untuk dijual di pasaran para cukong dan kapitalis haloba.

Namun walaupun suara mengingatkan para peneroka akan nasib yang bakal menimpa mereka, mereka terus khayal dengan kekeyangan. Asalkan kenyang bermakna selamat bagi sebahagian besar peneroka yang bersikap tidak mengambil tahu. 

Malam kian larut, fajar siddik kian menghilang, ufuk timur semakin hampir menjelmakan mega merah, riuh rendah pisau diasah bermakna leher ayam daging semakin dekat untuk dicecah kilauan pisau tajam cukong dan kapitalis. 

Apakah sampai satu pertiga ayam daging yang sedar dan mengambil tahu serius akan nasib masa depan mereka ? Namun rasanya dua pertiga dari mereka masih lagi bersenang lenang memuji betapa indahnya bunyi asahan pisau. Mereka tidak tahu ataupun memang tahu, tapi sedang khayal kerana asyik dengan bunyi pisau dikilir,  yang bakal menerjah leher mereka!

Puas jenuh dan berbuih mulut Mazlan Aliman bersama ANAK-nya menjerit meminta kesedaran dan kebangkitan MENYELURUH para peneroka Felda dan kini tampil pula Rafizi melaung akan nasib yang bakal menimpa mereka, mereka tetap bagaikan ayam daging  TERPEGUN dan memuji akan betapa indahnya kilauan mata pisau yang sedang dikilir oleh Najib dan Isa Samad itu!

Alahai peneroka Felda, tuan puan sepatutnya bangkit KESELURUHANNYA (gerakkan himpunan raksaksa bagaikan Himpunan Aman Bersih 3.0 dan Himpunan Hijau ke Putrajaya) membuang batu asah, melontar pisau ke gaung dalam dan menerajang tukang sembelih ke longkang, namun malang hingga ke saat  ini, demi sayang-butanya tuan puan kepada Najib dan Isa samad, Mazlan Aliman dengan ANAK-nya yang ikhlas itu, terus hanya dengan segelintir  sahaja peneroka rebah bangun bersama dan hanya segelintir itu juga mendengar amaran jujur Rafizi. 

Sebahagian besar peneroka Felda nampaknya, masih riuh rendah berpesta kemaruk durian runtuh yang entah ya entah tidak, yang sebenarnya sedang menanti waktu dan saat 'penyembelihan' leher sendiri  bermula! Adoi!!

Alahai para peneroka .....bangkitlah, cukuplah menjadi bagaikan tipah tertipu dek Umno yang kian merapu dan merampas!!!

Berita dipetik:

FGVH: Peneroka hanya 5.5%, syarikat asing 94.5%

Muhammad Faizal  07 Jun 2012

PETALING JAYA: Prospektus penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGV) dengan jelas menunjukkan bahawa pegangan peneroka dan kakitangan Felda di dalam syarikat tersebut hanyalah 5.5 peratus manakala 94.5 peratus saham diperuntukkan kepada syarikat asing dan individu bukan bumiputra.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli
, berkata ini menimbulkan persoalan penting status tanah-tanah kerana ia kini dimiliki dan dikuasai oleh syarikat yang tidak dikuasai bumiputra, lalu bertentangan dengan undang-undang Tanah-tanah Rezab Melayu (TRM) yang mengekalkan hakmilik di tangan Melayu atau bumiputra.

"Pada 28 Mei yang lalu kita telah mendedahkan bagaimana Barisan Nasional (BN) telah memajakkan TRM yang dianggarkan seluas 105,382 ekar kepada FGV yang disenaraikan.


"Sehingga kini, PKR tidak mendapat apa-apa jawapan dari Datuk Seri Najib Razak mahu pun Tan Sri Isa Samad berhubung perkara tersebut," jelasnya.


Rafizi turut memberitahu satu peruntukan penting di dalam perjanjian tersebut yang menjelaskan pegangan tanah di penempatan Felda seluruh negara dan mempunyai kesan besar kepada kebajikan peneroka Felda.


"Tanah sedia ada dirujuk sebagai 'existing lands' iaitu 343,484.46 hektar tanah Felda Plantations Sdn Bhd yang dipajakkan termasuklah Tanah-tanah Rezab Melayu.


"Tanah sedia ada tambahan atau 'additional existing lands' iaitu semua tanah-tanah tidak bergeran yang kini dimiliki oleh Felda dan ini merujuk kepada semua tanah lapang yang kini dimanfaatkan bagi tujuan kemasyarakatan di penempatan Felda seperti tapak kedai, padang, surau, jalan dan lain-lain," jelasnya.


Tambahnya lagi, Tanah akan datang 'future lands' iaitu semua tanah yang Felda bakal perolehi di masa hadapan.


Pendedahan perjanjian ini mengesahkan dakwaan PKR selama ini bahawa semua tanah-tanah tidak bergeran di dalam penempatan Felda di seluruh negara telah pun dipajakkan ke sebuah syarikat yang dimiliki majoriti oleh pelabur swasta sedangkan tanah-tanah ini menjadi nadi aktiviti kemasyarakatan ekonomi warga Felda.


"Apakah jaminan Najib dan Isa bahawa tanah-tanah ini tidak dijual satu masa kelak, atau kegunaannya diubah dan tidak lagi mengutamakan kebajikan warga Felda.


"Apakah jaminan bahawa kedai-kedai runcit kecil yang didirikan di atas tanah-tanah tidak bergeran ini suatu hari nanti tidak akan dirobohkan oleh FGV," sambung beliau lagi.


Tegas Rafizi, pendedahan ini jelas membuktikan bahawa Najib dan Isa telah berbohong apabila mereka menyatakan tanah-tanah yang melibatkan warga Felda tidak dipajakkan dalam proses penyenaraian FGV.

Sumber:harakahdaily

No comments: