Followers

Monday, June 04, 2012

Bab bayar peserta Muhyiddin & Mahathir nampaknya lebih tahu daripada PAS!



Nampaknya apa yang ada dalam ‘kepala’ Muhyiddin, itulah juga yang ada dalam ‘kepala’ Mahathir! Muhyiddin kata peserta Himpunan Hijau ke Putrajaya di Alor Star dibayar, Mahathir pun kata begitu. Kali ini Mentor ikut Mentee!

Oleh yang demikian Najib perlu mengamati hal ini kerana nampak jelas Mahathir menunjukkan bahawa dia lebih secocok dengan apa yang ada dalam ‘kepala’ Muhyiddin berbanding apa yang ada dalam ‘kepala’ Najib sekarang ini!

Muhyiddin dan Mahathir mendakwa peserta Himpunan Hijau dibayar! Tak apalah, dibayar pun dibayarlah!!

Sesungguhnya kami yang hadir ke Himpunan Hijau PAS itu dibayar oleh poket kami masing-masing untuk hadir demi menegakkan dakwah dan perjuangan Islam melalui Parti Islam SeMalaysia (PAS). Dengan izin Allah, tanpa poket dan dompet kami membiayai kami, kami tak mungkin sampai ke Alor Star!

Iya....kenapanya? Memang kami dibayar, dibayar oleh poket dan dompet-dompet kami sendiri hasil dari titik peluh kami dari usaha dan pekerjaan kami saban hari, minggu dan bulan!

Sesungguhnya kami lebih bangga dibiayai oleh poket-poket dan dompet-dompet kami masing-masing! Kami jauh lebih bermaruah berbanding mereka yang dipaksa pergi ke Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya JIKA dibiayai oleh para ‘haramjadah’ perasuah, para pecah amanah dan para penyalah-guna wang dan harta rakyat dan kerajaan  demi kepentingan sebuah parti politik yang hampir hilang akal!


Berita dipetik:

Dr M: Himpunan PAS tak akan jadi undi

S Pathmawathy

Jumlah besar yang membanjiri program PAS di Kedah tidak akan diterjemahkan di kertas undi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menegaskan peserta dibayar untuk menghadirinya.

Beliau sendiri pernah berceramah dalam majlis yang dihadiri tidak sampai seratus orang tetapi masih mampu menang dalam pilihan raya, katanya dalam sidang media di Cyberjaya hari ini.

Anak kelahiran Kedah itu berkata, perkara itu akan dapat dilihat apabila pilihan raya berlangsung tidak selepas ini.


PAS mendakwa, dalam acara yang dinamakan "Himpunan Hijau ke Putrajaya" Sabtu lalu dihadiri lebih 100,000 orang. Ia dilihat cuba menyaingi perhimpunan besar Umno di Bukit Jalil dua minggu sebelum itu.

Sumber: malaysiakini

1 comment:

Anonymous said...

Pecah tembelang ... sbb DIA biasa buat lagu tu .....