Followers

Sunday, June 17, 2012

Ni seorang lagi menteri pandir!

Inilah rupa sokong yang bakal membawa rebah! Orang yang menerima sokong dari orang yang tak cerdik sempama ini jangan syok sangat kerana sokong orang yang macam ini memang tak boleh diharap. Masa dia lembek dia akan berpaut kepada orang yang dia sokong, apabila dia gagah, orang yang dia sokong dia boleh humban ke longkang!

Iyalah pembangkang kepada UBN bukan rakyat raja!! Ikut ngkolah Mail!!

Berita dipetik:


Ahad Jun 17, 2012 

Isu FGVH: Tindakan Anak Heret Institusi Raja Perbuatan Biadap - Ismail Sabri 

BERA: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan tindakan Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK)yang cuba mengheret istana dalam isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di Bursa Saham, merupakan satu tindakan biadap.

Beliau berkata tindakan Pengerusi Anak Mazlan Aliman, yang mahu membabitkan Yang di-Pertuan Agong supaya campur tangan bagi menghalang penyenaraian itu, adalah satu percubaan mengheret istana dalam kancah politik pihak pembangkang.

"ANAK tidak jujur dalam perjuangannya, Mazlan merupakan ahli parti pembangkang, dan cubaan itu amat tidak menghormati Perlembagaan Negara apabila cuba melibatkan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi menghalang penyenaraian FGVH di Bursa Saham," katanya.

Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Bersama Rakyat di Kampung Batu Papan pada Sabtu.

ANAK dilapor ingin mengadakan perhimpunan besar-besaran minggu depan dan seterusnya berarak ke Istana Negara untuk menyerah memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Ismail Sabri, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, bagaimanapun yakin peneroka akan bertindak bijak dengan tidak menyertai perhimpunan itu.

Sumber:mstar

No comments: