Followers

Sunday, June 03, 2012

Muhyiddin sudah mula berlatih menjadi nujum Pak Belalang



Maka berkatalah Muhyiddin sang nujum Pak Belalang bahawa kononnya Pakatan Rakyat akan buat demonstrasi besar jika tewas pilihan raya ke 13. Alahai Muhyiddin, tak ada kerja lain ke nak buat?

Muhyiddin perlu ingat bahawa Pakatan Rakyat terutama parti PAS tidak pernah dan tidak akan buat demontrasi semata-mata kerana kalah dalam pilihan raya yang bersih, demokratik, adil dan saksama. 

Masalahnya bagaimana kalau pilihanraya yang dilaksanakan oleh kuli batak UBN iaitu SPR penuh dengan kekotoran, kejelikkan, kebiadapan, ketidak adilan, senget sebelah kerana ada dua ekor makhluk Umno mengetuainya?

Kalau Pakatan Rakyat membenarkan kerja-kerja haramjadah itu berlaku begitu sahaja dalam pilihan raya yang mengakibatkan mereka tewas PRU ke 13, maka alangkah bodohnya Pakatan Rakyat. 

Maka itu, Muhyiddin yang tak sabar menjadi PM, tak perlulah risau akan demonstrasi besar-besaran Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat serta anak muda Malaysia sekiranya pilihan raya ke 13 nanti dilaksanakan dengan penuh keadilan, bersih dan gantikan dua ekor Umno yang mengetuai SPR itu!

Masalahnya, sehingga ke hari ini, para pemimpin UBN dan pihak pengurusan tertinggi SPR terutama yang dua ekor itu, masih bersikap benar-benar haramjadah kerana terus pekak badak dan buta hati terhadap 8 tuntutan yang dikomplenkan mengenai pilihan raya. Mereka berdua itu sering kelihatan menjadi juru cakap Umno bukan lagi sebagai pegawai SPR yang berintegriti, adil dan dilihat adil. Semakin hari parti-parti Pakatan Rakyat bagaikan/seolah-olah menjadi 'musuh' kepada Aziz dan terutamanya Wan Ahmad!

Maknanya jika benar-benar berlaku demontrasi besar-besaran oleh Pakatan Rakyat bersama seluruh rakyat dan anak muda Malaysia jika tewas selepas PRU ke 13 nanti, adalah tidak pelik. Maka itu para pemimpin UBN dan SPR-lah yang perlu bertangungjawab kerana sengaja atau tidak, merekalah yang merancang untuk itu! 

Dan bagi Muhyiddin Yasin jika takdirnya dibiarkan tewas dalam PRU ke 13 nanti dan terlepas peluang menjadi PM, dijemput sekali untuk berdemonstrasi bersama Pakatan Rakyat....tak ada masalah punyer!!

Berita dipetik:

Muhyiddin: Pakatan akan buat demo besar jika tewas pilihan raya

Leven Woon

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong teori yang dikemukakan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Pakatan Rakyat akan mengadakan demonstrasi besar sekiranya tewas dalam pilihan raya akan datang.

Dalam ucapannya ketika melancarkan jentera BN Kuala Lumpur hari ini, Muhyiddin juga menyetujui pandangan Mahathir bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 merupakan pemula kepada kekacauan selepas pilihan raya.

Senario berkenaan merupakan perancangan Pakatan, dakwanya yang menambah, perhimpunan BERSIH 3.0 tidak perlu dijalankan kerana pihak berkuasa telahpun membuat pelbagai usaha untuk memperbaiki sistem pilihan raya.

Tambahnya, usaha berkenaan merupakan perang psikologi Pakatan denga menyebarkan dakwaan bahawa sistem pilihan raya tidak bersih untuk menghasut rakyat.

Sumber: malaysiakini

No comments: