Followers

Tuesday, June 26, 2012

Mati dan cacat kerana PLKN

Selama 8 tahun PLKN dilaksanakan boleh tahan jugak jumlah kematian dan kecacatan kekal kerananya! 19 kematian, 21 cacat kekal! Kalau kira purata lebih kurang 2 orang mati setahun dan lebih kurang 2 atau 3 orang cacat kekal! 

Apakah data ini bukan suatu jumlah yang perlu dipandang serius atau pihak kerajaan Umno/Bn akan menjawab seperti lazim jawapan yang kerap diberikan, "biasalah.... PLKN-kan program lasak, mati dan cacat tak dapat kita elakkan! Lagi pun kadar kematian dan cacat kekal itu masih rendah  berbanding negara Asean  dan negara dunia yang lain!" 

Dimaklumkan bahawa antara punca  kematian ialah masalah kesihatan yang dihidapi pelatiH. Apakah ini  bermakna pihak PLKN mengambil mudah soal kesihatan calon pelatih  sehingga mereka yang tidak fit atau tidak sihat untuk berada dalam program seperti PLKN dipilih juga untuk berada dalam kem yang penuh risiko?

Memang sakit pening, cacat, ajal maut dalam takdir qada' dan qadar Ilahi, namun berasaskan usaha dan ikhtiyar, rasanya jika pihak PLKN serius dengan penilaian calon yang mantap perkara kematian dan kecacatan kekal mampu dielakkan.

Yang penting PLKN jangan terlalu dijadikan medan paksaan asuhan politik tidak sihat kepada generasi muda negara oleh pihak tertentu sehingga faktor kesihatan dan keselamatan tidak dipandang utama!

Berita dipetik:


KUALA LUMPUR: Sejak diperkenalkan pada tahun 2004, sejumlah 19 kematian direkodkan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Selain itu, 21 kes lagi melibatkan kecederaan kekal ke atas pelatih dalam tempoh sama.


Kematian pelatih adalah disebabkan pelbagai punca termasuk masalah kesihatan yang dihidapi pelatih.


Perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis hari ini terhadap soalan Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
(gambar) di Dewan Rakyat.

Nizar dalam soalannya bertarikh 12 Jun lalu meminta Menteri Pertahanan menyatakan jumlah pelatih yang meninggal dunia dan mengalami kecacatan kekal semasa tempoh latihan.


Beliau yang juga AJK PAS Pusat itu juga mahu penjelasan menteri berhubung berapakah jumlah pampasan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.


Menjawab jumlah pampasan, kerajaan memaklumkan sejumlah RM8.3 juta telah dibelanjakan melalui perlindungan insurans kepada pelatih meliputi kemalangan, kecederaan, kesakitan dan kematian.

Sumber:harakahdaily

No comments: