Followers

Thursday, June 07, 2012

Laaa....hak ni 'tolol' jugak? Payah!!!




Berita dipetik:
 
Muhyiddin: ‘Adil’ untuk PTPTN uji dasar PKR

Aidila Razak

Timbalan perdana menteri menyifatkan tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) sebagai "adil" kerana ia hanya reaksi kepada dasar PKR.

"Dia tangguh, bukan batal, nak periksa dulu. Fair lah. Kalau MB kata tak payah ambik, tak payah bagi lah," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berhubung tindakan PTPTN secara 'senyap-senyap' itu.

Beliau bagaimanapun menyifatkan soalan pemberita itu sebagai "
very malicious" (sangat berniat jahat).

"
Your question is very malicious (Soalan kamu sangat berniat jahat). Jangan hala ke situ, saya fikir semua media sini tahu," katanya lagi.

Diasak lagi kenapa universiti milik kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu tidak dimaklumkan, Muhyiddin hanya menjawab: "Tak apalah. Dia kaji dulu."

Sumber: Malaysiakini

No comments: