Followers

Wednesday, June 13, 2012

Kali ini Nazri Aziz tak buat lawak...serius!!!


Maka berkatalah Nazri Aziz tanpa membuat lawak sedikit pun, bahawa sesebuah kerajaan boleh jatuh walaupun dengan garam dan botol mineral! Menurutnya, sejarah membuktikan bahawa kerajaan di Mesir, Tunisia dan Libya telah tumbang hanya melalui telefon. 

Maka setakat hari ini, belum ada lagi rasanya kerajaan jatuh kerana garam dan botol mineral, cuma  Nazri kata jangan ambil ringan, boleh jatuh kerana garam dan botol! Fuh hebat garam dengan botol.

Apa yang aku dengar cerita orang-lah, kalau tanya tok bomoh atau mereka yang arif mengenainya, yang takut, pantang dan  boleh kalah dengan garam dan botol hanya hantu atau pelesit! Katanya, tok bomoh biasa tangkap hantu masuk dalam botol dan buang ke laut atau ke gunung dan gaung atau ada jugak yang dibuat pameran muzium!! Kata ceritanyalah!! 

Garam pula terutama garam jantan, sering digunakan untuk halau hantu dan pagar tempat-tempat kediaman agar tidak diceroboh oleh hantu, pelesit, iblis dan jerangkung! Ambik garam tabur sekeliling!! Puak-puak hantu raya  ni memang pantang betul dengan garam, katanya!

Mari pula si Nazri dengan seriusnya membawa cerita garam dan botol jangan dibuat main-main! Hai...sampai gitu sekali Nazri takut pada garam dan botol? Apa yang Nazri nak bagi tahu ni? Nak bagi tahu UBN membela hantu ke? Hantu seantero dunia, Mynmar, Kemboja, Filipina, Bangla dan Indon!!? Orang dah tahuu tu, tak payah bagi tahu, cuma 2 ekor hantu yang urus SPR je pekak badak!
 
Atau Nazri nak ‘confirm’ UBN itu memang hantu dan pelesit, sebab itu tak boleh main-main dengan garam dan botol? Yang ini orang tak berapa nak confirm cuma agak-agak sahajalah selama ini. Cumanya hari ini macam sah, HaH..HaHHaH.....pecah rahasia!! Terima kasih Nazri!!

Fuh...maka pakatan rakyat rupanya berlawan dengan Hantu!

Berita dipetik:
 
Nazri: BN boleh jatuh dengan garam, botol

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata sesebuah kerajaan boleh jatuh walaupun dengan garam dan botol mineral.

"Dengan botol pun kalau rakyat tak suka, kerajaan boleh jatuh. Sebab itu jangan pandang ringan," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor).


Lim yang juga Ketua Parlimen DAP dalam soalannya meminta Nazri membuktikan tuduhan kerajaan bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 bertujuan menggulingkan kerajaan sedangkan pesertanya cuma membawa garam dan air mineral.


"Adakah garam dan botol mineral boleh tumbangkan kerajaan, atau kerajaan BN gelabah.


"Adakah perdana menteri mendapat maklumat dari cawangan khas bahawa Bersih 3.0 akan guling kerajaan," soalnya.

Sumber:harakahdaily

No comments: