Followers

Tuesday, June 12, 2012

Hisham nak buat serius tapi lawak!



Pandai Hisham, buat muka serius tapi lawak! 

Apa kejadahnya untuk tamatkan HIMPUNAN AMAN  yang hanya diketuai oleh seorang perempuan, Ambiga dan orang tua ‘tak ghot’ Pak Samad, sampai menggunakan 907 butir ‘tear gas’, 909 butir 'shell tear smoke' dan 58 butir 'grenade tear smoke'? Lepas itu sebut rugi RM1.8 juta! Rugi ditempah!!!Meeemang tak cerdik!

Nak untung macam mana kalau dah tembak sana tembak sini, kejar sana kejar sini, pukul sana pukul sini macam orang tak betul kepala!

Hisham kata "....polis perlu bertindak cepat untuk memastikan keadaan terkawal."

Cepat dan terkawal apanya? Perhimpunan aman itu patut boleh bersurai dalam masa 1 jam selepas pukul 4 petang kalau tak diamuk, telah menjadi kecoh sehingga ke malam?

Nampaknya dakwaan PDRM mengikut SOP seperti yang didakwa oleh Hishamuddin Husin Menteri Dalam Negeri yang 'berakal pendek' itu adalah merupakan projek ‘menghodohkan’ rakyat yang mahu berhimpun secara aman!

Haik...2 orang je polis didakwa?? 

Berita dipetik:

Selasa Jun 12, 2012 

PDRM Guna SOP Tangani Bersih 3.0 - Hishammuddin 

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan prosedur operasi standard (SOP) yang betul bagi mengawal keadaan semasa kekecohan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, PDRMbertindak mengikut SOP bagi memastikan keadaan terkawal dari menjadi ganas sehingga boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

"Pada masa yang sama polis perlu bertindak dengan cepat bagi memastikan keadaan terkawal.

"Walaubagaimanapun KDN memandang serius sebarang pelanggaran SOP yang ditetapkan.

"Dua anggota polis telahpun didakwa di Mahkamah. Selain itu. perkara ini akan disiasat dengan lebih teliti melalui penubuhan Jawatankuasa Panel Penasihat Bebas yang dipengerusikan oleh Tun Mohammed Hanif Omar," katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Beliau menjawab pertanyaan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang ingin mengetahui SOP terperinci kepada anggota polis yang bertugas untuk memastikan perhimpunan berjalan dengan selamat dan aman.

Selain itu menerusi jawapan bertulis berasingan, Po Kuan juga ingin mengetahui jumlah tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh anggota keselamatan sewaktu perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

"Secara keseluruhannya sebanyak 907 butir 'tear gas' telah digunakan ketika perhimpunan Bersih 3.0 lalu.

"Ini termasuk 909 butir 'shell tear smoke' dan 58 butir 'grenade tear smoke'," kata Hishammuddin menjawab soalan tersebut.

Tambah Hishammuddin, kerajaan menanggung kos keseluruhan sebanyak RM1.8 juta akibat penganjuran perhimpunan haram tersebut.

Sumber:mstar

No comments: