Followers

Monday, June 04, 2012

Cheh...dalam 1Malaysia bukan sahaja ada prof kangkung tapi....

Rupa-rupanya dalam 1Malaysia ini bukan sahaja ada profesor kangkung tapi ada jugak rupanya profesor 'gila babi' lagi bengong! Kalau ikutkan kepala otak bengong profesor ini, bukan sahaja Tok Guru Nik Aziz yang ajak kepada gaya hidup syaitan dan dajjal, Najib pun sama! Sebab kata dia, Nik Aziz ajak orang sokong parti dia, PAS bukan ajak kepada Quran. Habis Najib tak ajak orang sokong parti dia, Umno? Nak 'sapu' Tok Guru Nik Aziz, dengan Najib-najib terkena libasan dia! Hebat benor dia yer?? Dia ingat Najib seronok dengan dia agaknya? Tunggulah Najib 'pulas' tengkok engkau!

Agaknya prof 'tongong' ini nak kata hanya dia dan puak-puak dia sahaja yang bukan dari golongan syaitan dan dajjal?

Tak salah mengkritik Nik Aziz tapi betulkah cara Nik Aziz yang istiqamah dalam memperjuangkan Islam itu, gaya hidup syaitan dan dajjal? Itu, yang bersalam dengan K-pop, menonton buntut k-pop, menari berjoget dengan k-pop, membiarkan k-pop berlucah-lucahan atas pentas semasa Himpunan Sejuta Belia hari itu, gaya hidup haramjadah apa? Ooo....yang itu bukan gaya hidup syaitan dan dajjal!! Memang mu bengong, Nasoha!

Yang aku hairan macam mana orang ini boleh dapat gelaran prof dengan kepala otaknya yang 'lembam, bengong dan bebal' macam dia ni? Bercakap tanpa kajian, tanpa fakta, merapu, emosi, bodoh ini sepatutnya bukan datang dari seorang mulut profesor tapi datang dari mulut seorang yang sedang ting tong kerana mabuk! Apakah dia sedang mabuk?

No comments: