Followers

Saturday, June 23, 2012

Budaya-budaya baru Malaysia yang kian menololkan!

Kata-kata, "debat bukan budaya kita" adalah kata-kata yang mahu membawa rakyat undur jauh ke belakang untuk menjadi orang yang bodoh. Dalam dunia ilmiah hanya orang cerdik sahaja yang mampu berdebat atau yang suka dan gemar kepada acara debat walaupun dia tidak berapa cekap berdebat. 

Manakala orang bodoh sentiasa mengelak berdebat secara baik  dan sangat menyampah dengan acara debat tetapi sangat suka mengata orang lain dalam keadaan orang yang dikatakan itu tidak boleh menjawab! 

Betapa terhinanya perasaan para pelajar yang petah berdebat yang kini sedang berlatih di sekolah-sekolah untuk menyertai acara debat apabila dikatakan debat bukan budaya kita. Dan mungkin guru-guru yang melatih para pelajar berdebat kini telah mula merasakan membuang masa melatih debat apabila mendengar orang penting negara mengatakan debat bukan budaya orang terpelajar.

Sesungguhnya kata-kata "debat bukan budaya kita" telah juga menjadi bukti kukuh akan dakwaan umum selama ini bahawa parti yang memerintah negara ini sekarang, memang sukakan rakyat yang bodoh yang tidak kritis dan tak pandai berhujah dan mahukan rakyat selamanya begitu untuk mudah diauta dan diperkakaskan.

Malang sungguh negara ini kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang tidak mahu menjadikan debat yang menjadikan rakyat cerdik, sebagai budaya rakyat! 

Betullah kata orang ramai kini, bahawa budaya kita yang sedang dicipta oleh pengasas 1Malaysia adalah budaya samseng ganggu ceramah, budaya lucah K-Pop, budaya senaman tunggeng buntut, budaya haramjadah dan budaya PRU musim haji ok apa!

1 comment:

IbnAbdHalim said...

Dia kata debat bukan budaya kita sebab dia nak ajar para pemimpin UMNO supaya belajar "sebat". Sebat adalah budaya UMNO yang diteladani dari Mahathir.