Followers

Saturday, June 09, 2012

BR1M....BR1M....BR1MMM!!!!!

Dengar ceritanya dan ceritanya dah mula nak riuh bahawa BR1M pusingan kedua bakal melanda. Konon tanda prihatin dan murah hati kerajaan UBN!! Kali ini entah berapa RM pulak agaknya?

Akibat daripada tertangguh-tangguh pilihanraya maka BR1M yang RM500 dulu telah dilupai rakyat. Lagipun apalah sangat BR1M RM500 kalau nak bandingkan dengan komisyen RM500 juta! RM500 dua kali pusing pasar minggu/pasar tani, beli keropok, beli air, beli cendol, beli pekasam, beli apam balik, beli seluar dalam, beli itu dan ini, habis semuanya jadi taik!

Kali ini BR1M pusingan kedua bakal tiba. Pilihanraya pula semakin hampir. Mudah-mudahan rakyat tak lupa....ingat BR1m, ingat dia!

Betulkah begitu? Apakah rakyat sekarang masih bodoh, tak pandai-pandai nak cerdik? Rasanya rakyat tidak akan tukar ganti hak mereka dan pembelaan yang lebih besar ke atas mereka serta keadilan yang dituntut dengan nilai BR1M yang bukan pun berjuta RM!

Serangkap pantun Mat Sabu:

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Umpan diberi kita makan,
Undi Umno tetap kita tak mahu!! Huhuhuhu!!


No comments: