Followers

Saturday, June 09, 2012

Aiyoo.....WWW 15 tersalah lorong ma!!



Di Malaysia ini bertuah menjadi menteri. Patutlah walaupun lekeh mana kualiti kerja, budaya menteri di Malaysia mana reti nak letak jawatan, rupanya terlalu banyak keistimewaan menteri!

Gaji dahlah besar, elaun bertimbun, minyak kereta tak pakai duit sendiri, tol free, plat kereta pun boleh dapat tiga pilihan! Pilih sahaja yang mana satu! 

Menteri UBN mana agaknya yang akan buat pilihan kedua dan ketiga, bayar dengan harga tertinggi dengan duit sendiri macam Sultan Johor atau kata tak nak!!

Lambatlah kalau menteri UBN nak bayar dengan harga tertinggi dengan duit sendiri sedangkan pilihan pertama boleh dapat free! Lambatlah kalau dia orang nak kata tak nak, sedangkan boleh dapat free! 

Itulah tuah menjadi menteri di Malaysia sekarang! Dalam keadaan sekarang, yang mana rakyat dan para pelajar sedang hiruk pikuk membayar itu dan ini dengan harga mahal, elok-elok menteri yang sudah semuanya besar boleh dapat free.  Aiyoo!!!

Menteri dapat free kerana ada peruntukan untuk itu, tapi siapa yang tolong bayar RM24,200  kerana nombor itu tetap dibida hingga mencapai harga itu? Atau memang free sungguh! Baiknya JPJ dengan menteri!

Alangkah baiknya kalau duit beli nombor plat kereta yang berharga RM24,200 itu, yang mana bila-bila masa plat kereta itu boleh terpercik taik lembu dijalanan, disumbangkan  kepada mana pelajar U yang sedang berhempas-pulas nak bayar PTPTN! Apalah sangat menteri nak pakai nombor plat kereta yang semahal itu, kereta pun kereta rasmi!

Nampaknya tuan kereta bernombor plat WWW 15 telah tersalah lorong - depan JPJ pulak tu!

Berita dipetik:

WWW 15: Liow ada tiga pilihan, kata JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjelaskan hari ini bahawa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mempunyai tiga pilihan berhubung tawaran mendapatkan nombor WWW 15.

“Beliau boleh mendapatkannya secara percuma sesuai dengan kelayakan yang diberikan kepadanya oleh kerajaan iaitu sebagaimana yang dipohon dengan pihak JPJ atau membayar dengan harga tertinggi yang ditawarkan. Jika tidak berminat, beliau boleh menolak tawaran tersebut,” kata Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Solah berkata, JPJ telah menerima permohonan untuk mendapatkan nombor WWW 15 daripada Liow bagi kegunaan kenderaan rasmi.


Katanya, ia dibuat melalui surat permohonan bertarikh 14 Mei 2012, iaitu pada hari terakhir siri nombor pendaftaran WWW dibuka untuk bidaan.


"Jawatankuasa Penilai Tempahan Nombor Pendaftaran Siri WWW seterusnya memutuskan bahawa nombor pendaftaran WWW 15 ditawarkan kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai dengan harga tertinggi iaitu RM24,200," tegasnya.


Solah turut menjelaskan bahawa JPJ memang akan memaparkan nama pembida berjaya kepada umum, selaras dengan prinsip ketelusan yang diamalkan dalam pengurusan tempahan nombor pendaftaran.


“Ia juga kerana bidaan telah dibuat oleh orang ramai, sudah tentu mereka ingin tahu siapa yang memenangi nombor yang dibida. Pemenang bagi siri-siri sebelum ini juga kita paparkan,” katanya.

Sumber: malaysiakini

No comments: