Followers

Saturday, June 09, 2012

Ada jugak Menteri Pelajaran tak tahu cara nak bagi UJIAN!



Menteri Pengajian Tinggi, Khalid Nordin kata, “ PTPTN sekadar ingin menguji sama ada negeri ini serius dalam menyediakan pendidikan percuma”.

Alahai menteriiihh, kata bodoh karang, marah, tapi memang bodoh pun! Adakah nak uji guna PTPTN? Awak tu menteri pelajaran, tak kan tak tahu macam cara nak uji!

Lagi pun ya kah PTPTN yang nak uji kerajaan Selangor? Amboi gedebe benar PTPTN, mengalahkan PERKASA, TIBAI, JATI!

Patutlah IPTA-IPTA sekarang ini semakin merosot dalam ranking dunia, ada menteri pun tak tahu cara nak menguji. Pelajar jugak nak dimangsakannya!

Berita dipetik:

Sabtu Jun 9, 2012

Tarik Balik Pembekuan Pinjaman Selepas Unisel Buat Rayuan - Khaled 

Oleh PRIYA KULASAGARAN

PETALING JAYA: Keputusan menarik balik pembekuan pinjaman PTPTN untuk pelajar-pelajar Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) dibuat setelah pihak Kementerian Pengajian Tinggi menimbang rayuan oleh universiti-universiti berkenaan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata;"PTPTN sekadar ingin menguji sama ada negeri ini serius dalam menyediakan pendidikan percuma.

"Sekarang mereka telah mengakui kepentingan PTPTN, jelas sekali mereka tidak dapat mencapai matlamat memberikan pendidikan percuma," kata Khaled pada Jumaat.

Beliau menambah bahawa pembekuan terhadap Kuis juga akan ditarik balik.

Terdahulu, pembatalan pembekuan telah diumumkan oleh Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamad Said dalam satu kenyataan, Khamis.

Sumber:mstar

1 comment:

wan said...

Ini menteri lbh kurang mcm Noh Omar jgk... Ramai nya menteri tolol dlm BN