Followers

Tuesday, May 29, 2012

Apa?Tanah Rezab Melayu bakal lenyap? Yahudi akan telan FGVH?



Ini jelas merupakan antara perancangan perniagaan ‘haramjadah’ (meminjam lafaz PM Najib kepada peneroka Felda) UBN di bawah pemerintahan Najib Rosmah. Pemerintahan ini sudah tidak kira apa lagi, selagi boleh dibuat, mereka akan melakukan apa sahaja asalkan kekal menjadi pemerintah.

Di himpunan apa yang dipanggil ‘himpunan sejuta belia’ tarian seksi dipersembahkan demi undi anak-anak muda. Anak-anak muda yang hilang pegangan dan pedoman akan lebih mudah untuk ‘diperlembukan’ berbanding anak-anak muda yang punyai jati diri dan prinsip hidup.

Kini peneroka Felda pun mahu diperlembukan. Masalahnya apakah para peneroka rela diperlembukan atau tidak? Jika rela maka para peneroka akan sah menjadi lebai malang sedikit masa lagi, menang sorak kampung tergadai! 

Seluruh generasi Felda tak kira muda mahu pun tua, wanita mahupun lelaki, pondan mahupun khunsa perlu menolak UBN dalam PRU ke 13 untuk memastikan warisan Tun Abdul Razak kepada mereka tidak digadai oleh anak Tun Razak sendiri! 

Anak-anak muda Felda wajar pulang ke Felda-felda di mana mereka berkampung untuk terangkan kepada makcik pakcik mereka, ibu ayah mereka akan kesan parah penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia yang dilakukan oleh Isa  Samad dan Najib Rosmah yang bakal menjahanamkan harta anugerah istimewa kepada bangsa Melayu selama ini. 

Pelbagai cukong dan kapitalis termasuk syarikat Yahudi bakal ‘menyembelih’ FGVH dan Felda bila-bila masa selagi peneroka Felda terus lena dan selesa dengan apa yang berlaku, bagai ayam daging menunggu esok pagi!

Felda, FGVH dan Tanah Rezab Melayu bakal menjadi seperti Bank Bumiputra, Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) yang telah hilang entah ke mana kerana angkara Umno yang bodoh, dah lah bodoh, sombong pulak!

Berita dipetik:

FGV bakal lenyapkan 105,382 ekar Tanah Rezab Melayu

Harakahdaily 28 Mei 2012

KUALA LUMPUR: Apabila Felda Global Venture (FGV) disenaraikan, sebanyak 105,382 ekar tanah rezab Melayu bakal tergadai kerana selepas itu sesiapa sahaja berhak untuk membelinya.


 (Perjanjian antara Felda dengan Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis)

Ini kerana, perjanjian pajakan tanah di antara Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) dan FELDA bertarikh 1 November 2011 memberikan kuasa dan hak milik kepada FGV untuk mengusahakan tanah-tanah yang kini dimiliki oleh FELDA mengikut syarat-syarat perjanjian.

Sejumlah 847,362 ekar tanah yang kini diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd terlibat di dalam urusan pajakan ini, yang menjadi syarat utama proses penyenaraian FGV ke Bursa.


Tanpa tanah-tanah ini, penyenaraian tersebut akan gagal, kata Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR.


"PKR boleh mengesahkan bahawa kami telah mendapat salinan penuh perjanjian dan senarai tanah-tanah yang terlibat," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.


Semakan mereka menunjukkan bahawa dari sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajakkan ini, sejumlah 105,382 ekar adalah tanah-tanah yang telah diwartakan sebagai Tanah Rezab Melayu di seluruh negara.


"Ini menimbulkan persoalan serius mengenai status tanah-tanah ini kerana tindakan memajakkan tanah-tanah ini kepada FGV boleh melanggar matlamat pewartaan Tanah Rezab Melayu," katanya.


Bagi Rafizi, kedudukan FGV selepas ini tidaklah boleh dikira sebagai sebuah syarikat yang berstatus Bumiputra kerana jumlah pegangan saham Bumiputra tidak dapat disahkan.
 
"Setakat ini, peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5% dari jumlah pegangan saham sementara kakitangan Felda pula hanyalah 3%. Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk oleh Tan Sri Isa Samad, termasuklah Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis," tegas beliau.

Oleh yang demikian, katanya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad wajar menjelaskan kepada rakyat kenapakah tanah-tanah berstatus rezab Melayu ini turut dipajakkan ke FGV yang disenaraikan di pasaran saham?


"Apakah jaminan bahawa tanah-tanah ini akhirnya tidak bertukar tangan atau pembangunannya tidak bertentangan dengan semangat pewartaan Tanah Rezab Melayu yang digubal hampir 100 tahun yang lalu?" soalnya.


PKR juga menyeru supaya setiap Kerajaan Negeri di Semenanjung yang terbabit menolak sebarang usaha untuk membatalkan status Tanah Rezab Melayu yang melibatkan tanah 105,382 ekar ini.


"Kami menunggu maklumbalas Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad sebelum memberikan lebih banyak maklumat mengenai Tanah Rezab Melayu seluas 105,382 ekar ini," katanya.

 

No comments: