Followers

Saturday, May 12, 2012

UBN lain kali jangan buat kerja bodoh lagi gopoh tau!



Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Nazri Aziz, sesungguhnya penarikan balik RUU (Pindaan) Akta Kesalahan Pilihanraya yang telah dibahas pada 19 April lalu selama hanya 7 jam, telah membuktikan bahawa semua pandangan Ahli-ahli Perlimen Pakatan Rakyat yang menolak RUU itu, sewaktu perbahasan dulu adalah betul dan tepat. Ia juga membuktikan bahawa pandangan dan perbahasan Ahli-ahli Parlimen UBN adalah salah, gopoh, songsang,  keterlaluan dan sia-sia.

Penarikan balik RUU itu juga membuktikan betapa Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat bersungguh-sungguh dan serius dalam segala kerja buat mereka ke arah mewujudkan Malaysia yang adil dalam parlimen, tetapi sebaliknya di pihak Ahli-ahli Parlimen UBN hanya bersikap main-main dan mempermainkan kesungguhan mewujudkan Malaysia yang adil dan saksama.

Akibat dari sikap bodoh sombong Kerajaan UBN dalam kegelojohan menggubal dan mahu melaksanakan undang-undang yang umum sedar dengan jelas tidak bermaruah lagi tidak adil, akhirnya UBN sendiri mendapat malu besar. Degil tidak mau mendengar nasihat walaupun ikhlas adalah antara sikap kerajaan UBN paling buruk. Sewaktu perbahasan dahulu UBN merasakan dirinya bagaikan ‘malaikat’ yang cukup sempurna.

Dan bukan satu yang  memeranjatkan bahawa penarikan balik RUU  oleh kerajaan UBN itu adalah hasil kejayaan Himpunan Aman Rakyat Bersih 3.0. Bersih 3.0 akan terus ajak rakyat berhimpun aman dimasa akan datang demi Malaysia dan pilihanraya yang adil sedangkan Umno mengadakan himpunan di Stadium Bukit Jalil hanya untuk membuktikan bahawa United Malay National Organisation masih hidup dan masih ada orang yang sudi menyokong!

Sekarang ini setelah RUU telah ditarikbalik, kita menunggu pula bila lagi Pengerusi Umno SPR dan Timbalan Pengerusi Umno SPR hendak meletak jawatan kerana mereka memang perlu meletak jawatan kerana mereka sah Umno!

Syabas Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Syabas Bersih 3.0!


Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya Ditarikbalik Kerana Rumit - Nazri Aziz 

KUALA KANGSAR: Penarikan balik Rang Undang-undang (Pindaan) Akta Kesalahan Pilihan Raya yang dipersetujui secara bersama antara Suruhanjaya Pilihan Raya, kerajaan dan pihak pembangkang dibuat apabila kesemua pihak mendapati proses pindaan itu merumitkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata proses pindaan itu merumitkan, tambahan pula apabila Dewan Negara turut meminta dua lagi pindaan baru, yang perlu dikemukakan semula kepada Dewan Rakyat untuk dibentang serta dibahaskan bagi tempoh tiga bulan, jika tidak ia akan luput.

"Apabila kita bawa ke Dewan Rakyat ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Pihak kerajaan, SPR dan pembangkang membuat tiga pindaan di peringkat jawatankuasa.

"Apabila dibawa ke Dewan Negara untuk dibentang dan dibahaskan pihak senator tidak setuju dan meminta dua lagi pindaan," katanya kepada pemberita selepas selepas berucap pada program Profesional Guru-guru Daerah Kuala Kangsar Zon Padang Rengas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak di Padang Rengas di sini, Sabtu.

Katanya perbincangan mendapati proses lima pindaan itu dilihat merumitkan dan jemaah Kabinet memutuskan rang undang-undang itu tidak diteruskan dan ditarik balik.

"Bila keputusan kerajaan begitu, saya memanggil (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim)selaku ketua pembangkang untuk berjumpa dan bersama dengan SPR. Anwar kebetulan ke Bahrain dan sedia hantar Lim Kit Siang (untuk berbincang).
"Saya kata ada lima pindaan, kalau boleh anda setuju (untuk) kita tarik balik, sebab ia terlalu 'messy' (kelam kabut), nak kena bawa balik, kena bahas balik. Tapi walaupun kerajaan dan pembangkang bersetuju, SPR badan bebas, kita perlu dapatkan persetujuan SPR dan kita maklumkan kedua-dua persetujuan," katanya.

Mohamed Nazri berkata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof turut memaklumkan jika lima pindaan perlu dilakukan, rang undang-undang berkenaan sudah tidak bermakna dan SPR kemudiannya turut bersetuju ia ditarik balik.

"Apapun keputusan yang telah dicapai telah dibuat secara bersama, kita tidak boleh kata apabila Kabinet buat keputusan (ia muktamad). Kita mesti bincang dengan pembangkang dulu dan dengan persetujuan SPR baru boleh (tarik balik). SPR badan bebas, kalau dia kata teruskan, kita tiada pilihan, kita perlu teruskan," katanya.

Rang Undang-undang itu dibentangkan pada 9 April lepas di mana pindaan berkenaan bertujuan menambah baik proses pengundian termasuk menjauhkan lagi tempat bagi orang ramai menunggu atau berada dekat pusat mengundi pada hari mengundi dari 50 meter kepada 100 meter kecuali bagi mereka yang masuk untuk mengundi.

Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang tersebut pada 19 April setelah dibahaskan oleh Anggota Parlimen selama tujuh jam. -BERNAMA

Sumber:mstar.com.my

No comments: