Followers

Monday, May 28, 2012

SPR=Suruhanjaya Perbodohkan Rakyat!



Apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui mulut lembek wakil Umno dalam SPR Wan Ahmad Wan Omar yang berkata bahawa keputusan tinjauan bahawa 92 peratus rakyat Malaysia hilang keyakinan terhadap sitem pilihan raya mungkin disebabkan “mereka mungkin tidak tahu apa yang mereka katakan” adalah petunjuk jelas bahawa SPR adalah sebuah badan yang cuba memperbodohkan rakyat.

Apakah Wan Ahmad ingat rakyat bodoh macam dia juga sehingga tidak mampu memahami apa yang mereka lakukan? Apakah ahli Umno dalam SPR itu ingat rakyat terlalu bodoh untuk menilai yang mana telus dan yang mana tidak, yang mana adil dan yang mana tidak? Fikiran Wan Ahmad ini adalah contoh fikiran bangang orang degil yang cuba bertindak secara bodoh sombong demi menjaga kepentingan tuan yang memeliharanya.

Wan Ahmad terus membuktikan bahawa pilihan raya yang kotor  lagi tidak adil di Malaysia ini akan diteruskan sampai bila-bila selagi Umno memerintah. Nampaknya rakyat akan terus kecewa untuk melihatkan PRU ke 13 akan dilaksanakan saksama.

Ulasan Wan Ahmad terhadap minda rakyat, “mereka tidak tahu apa yang mereka katakan” terus meningkatkan hilang keyakinan rakyat kepada SPS ke peringkat 100 peratus bukan lagi 92 peratus!

Maka itu dua ekor pencacai Umno dalam SPR itu perlu terus ‘diajar’ dengan himpunan demi himpunan aman rakyat yang dianggap bodoh oleh mereka berdua. Jika tidak dua ekor itu akan terus  merancang perkara yang tidak bermoral dan berintegriti demi memenangkan Umno/Bn dan terus akan bercakap dan merancang ikut sedap emosi untuk memperbodohkan rakyat.


SPR: Responden mungkin tak tahu

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, keputusan tinjauan bahawa 92 peratus rakyat Malaysia hilang keyakinan terhadap sistem pilihan raya mungkin disebabkan "mereka mungkin tidak tahu apa yang mereka katakan".

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga berkata, soalan yang dikemukakan dalam tinjauan itu terlalu umum dan terdapat kecenderungan bagi mendorong menjawab "ya" bagi soalan yang dikemukakan.

"Soalan yang diberikan jelas dan menggunakan logik, semua orang akan menjawab mereka mahu dafar pemilih yang bersih, termasuk SPR.

"Saya hairan kenapa masih ada lapan peratus daripada mereka menjawab negatif untuk soalan itu," katanya sinis.

Satu kajiselidik yang dibuat baru-baru ini - sehingga sehari sebelum perhimpunan BERSIH 3.0 - menunjukkan majoriti responden mahu daftar pemilih dibersihkan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Menurut Merdeka Centre, 92 peratus daripada 1,019 orang yang dikajiselidik bulan lalu berkata kerajaan perlu melakukannya sebelum pilihan raya umum.

1 comment:

yob rizab said...

inilah hasilnya bila tak amanah dalam menjalankan tugas! buat malu keluarga aje!