Followers

Tuesday, May 01, 2012

Semoga Najib Razak tak ingin jadi macam Beruk Mak Yeh!



Walaupun Himpunan Aman Bersih 3.0 rakyat Malaysia, telah berlangsung dengan hebat dan jayanya di seluruh dunia khususnya di ibu negara Kuala Lumpur, parti pemerintah UBN kelihatan masih belum mahu belajar dari apa yang telah berlaku.

Parti pemerintah UBN sama ada begitu benak atau sengaja tidak mahu memahami tututan majority rakyat untuk pelaksanaan adil dan telus pilihanraya di negara ini. Setakat hari ini parti pemerintah UBN yang dipimpin Najib Razak di bawah pengaruh seorang yang bernama Rosmah Mansur terlalu banyak menceceh dengan menyalahkan parti pembangkang dan para demonstran bukan sebaliknya mahu memikirkan apa yang dituntut oleh rakyat melalui Bersih 3.0.

Bagi parti UBN melanggar sekatan larangan masuk ke Dataran Merdeka merupakan kesalahan maha besar yang tidak boleh diberikan tolak ansur langsung. Sedangkan orang yang melakukan dosa besar yang bertaubat kepada Allah, masih diampunkan oleh Allah, namun bagi UBN mereka yang melolos masuk ke Dataran Merdeka tetap tiada maaf bagi mu. Siapa dan apa benda pemerintahan UBN ni?

Pengajaran yang sewajibnya diambil oleh UBN bukan soal melolos masuk ke Dataran Merdeka tetapi sepatutnya memberi respon positif yang segera, mengkaji dan menunaikan 8 tuntutan Bersih 3.0 termasuk tuntutan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan. Namun terhadap semua tuntutan itu, UBN masih bertelinga kuali untuk terus bersikap pekak badak.  Tak apa!!!

Nampaknya daripada ahli hinggalah kepada para pemimpin Umno, mereka membuktikan bahawa mereka hakikat tidak sayangkan parti mereka. Jika mereka sayangkan parti, mereka bukan bersikap bebal, bodoh sombong, pekak badak dan angkuh, sebaliknya menjadikan tuntutan Bersih 3.0 sebagai mekanisma membaiki diri, berubah sikap serta merta menjadi parti yang telus, berani, ikhlas dan sanggup memuhasabah diri dengan cara yang betul dan ikhlas.

Jika takdirnya dengan sikap begitu katakanlah Umno boleh kalah dalam PRU ke 13 nanti, maka itu adalah lebih baik demi proses pemulihan untuk jangka hayat yang lebih panjang dengan bangkit semula di masa hadapan, daripada Umno terus mampos kerana dibenci rakyat untuk menjadi peninggalan sejarah yang hina yang hanya bakal terpahat di dinding Arkib dan Muzium Negara untuk selama-lamanya!

Apa yang berlaku hari ini adalah para pemimpin UBN terutamanya UMNO lebih rela memilih memampuskan parti itu daripada memuhasabah dan memulihkannya untuk diletak kembali ditempat yang dihormati rakyat. Inilah sebenarnya BALA besar yang menimpa Umno!!

Demi memuhasabah diri mereka, UBN terutama Umno perlu membuat keputusan segera dan berani untuk bersikap anak jantan dengan menunaikan 8 tuntutan Bersih 3.0 dan mengarahkan Pengerusi serta Timbalan Pengerusi SPR yang merupakan ahli Umno itu letak jawatan dalam SPR!

Apa Najib nak malu? Lebih baik Najib dikenang sebagai Presiden Umno yang membaiki parti secara telus, daripada beliau dikenang dan dikutuk sebagai Presiden parti yang memampus dan menguburkan partinya sendiri.! 

Kalau Najib Razak pilih menjadi Presiden parti yang peka dan cerdik, Umno mungkin panjang umur untuk terus bersaing di persada politik tanah air. Sebaliknya kalau Najib Razak pilih menjadi Presiden parti yang bodoh, bebal, pekak badak serta tidak sensitive terhadap tuntutan rakyat, Umno akan dikuburkan oleh rakyat untuk dilupakan buat selama-lamanya! 

Namun segala-galanya adalah hak Najib Razak untuk memilih sama ada  menjadi Presiden Umno yang cerdik lagi baik, atau bodoh lagi sombong macam beruk mak yeh! Terserah....namun Bersih 4.0 sedang memerhati!

No comments: