Followers

Thursday, May 31, 2012

Selamat berhimpun di Himpunan Hijau Ke Putrajaya!

Dalam tempoh lebih kurang 10 minit lagi, penulis bersama para sahabat dan anak akan berangkat ke Alor Star untuk turut menyertai Himpunan Hijau ke Putrajaya. Perhimpunan ini tidak boleh dibiarkan berlalu tanpa turut menyertainya kerana seluruh ahli jemaah harus merasai gelombang perjuangan yang belum selesai dan akan berterusan hingga akhir nanti.
 
Amanat para pemimpin jemaah sangat penting dalam saat-saat genting menjelang PRU 13 untuk disebar-luas ke seluruh ahli diserata ceruk rantau, kampung dan desa.

Perjuangan yang penuh tribulasi dijalanan perlu disuntik semangat perjuangan kental untuk meredah segalanya. Jika tidak ahli jemaah akan terkulai layu lemas dihimpit cabaran yang tidak putus-putus dari golongan yang benci kepada kedaulatan Islam.

Kepada para sahabat yang turut ke sana, marilah kita membulatkan tekad untuk teruskan perjuangan parti ini demi menegakkan Islam di bumi tercinta ini. 

Berhati-hati di jalanraya dengan pemanduan yang penuh kecergasan dan ingatan kepada Yang Maha Berkuasa. Semoga kita selamat pergi dan selamat kembali untuk meneruskan perjuangan yang penuh onak dan duri ini. Selamat Berhimpun!
 
 

No comments: