Followers

Saturday, May 19, 2012

Bukan setakat 'Pekak Badak' tuan, malah....

Selagi puak-puak di Jabatan Pendaftaran Negara itu rela menjadi kuli batak Umno dan selagi dua ekor Umno itu masih menguasai SPR, JPN dan SPR bukan setakat 'pekak badak' malah lebih teruk lagi dari itu iaitu haramjadah! (Woit...aku bukan maki, cuma hanya menggunakan semula perkataan kegemaran Perdana Menteri Umno Malaysia!)

Pekak badak yang haramjadah memang penyakit yang susah untuk diubati melainkan dengan gegak gempita Himpunan Aman Bersih ! Tanpa Himpunan Aman Bersih aku rasa puak-puak haramjadah ini akan menganggap seluruh rakyat sedang tidur lena dan suasana negara senyap sunyi terhadap sistem pilihanraya Malaysia yang haramjadah itu, sebab itu sehingga ke tahap ini mereka tak buat apa-apa terhadap daftar pemilih yang penuh dengan haramjadah! 

Cheh....memang 'pekak badak'! 'Pekak badak' yang haramjadah lagi!

Daftar pemilih: JPN, SPR jangan pekak badak

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Mei: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia sebagai ‘pekak badak’ dan degil kerana masih lagi tidak mengambil peduli terhadap bantahan rakyat terhadap daftar pemilih yang masih ‘kotor dan tidak bersih’ dan perlu segera dibersihkan sebelum pilihanraya umum ke 13.

“Sehingga hari ini masih ada lagi kes-kes yang meragukan di dalam daftar pemilih dan ianya akan terus dibongkarkan oleh Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia,” kata Ketua Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan.

Beliau berkata, pihaknya cukup risau dengan kes terbaru yang melibatkan ‘kecuaian’ JPN dan SPR telah menimpa Puan Tamil Malar a/p Subramaniam yang telah kehilangan hak beliau sebagai pengundi berdaftar kepada Mansor bin Jali kerana masing-masing mempunyai no kad pengenalan yang sama, 750516085360.

Selain itu tempat mengundi masing-masing pun berbeza dengan seorang pengundi di Perak dan Melaka.

Katanya, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat ‘kecuaian’ yang berlaku adalah disebabkan sikap tidak serius JPN dan SPR di dalam memastikan pilihanraya yang akan datang berjalan dalam suasana yang telus ataupun itu adalah salah satu ‘bantuan’ daripada pihak-pihak agensi kerajaan untuk membantu kemenangan Umno dan Barisan Nasional.

Justeru, ujarnya lagi Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak menolak kemungkinan kes-kes sebegini juga berlaku di negeri-negeri lain.

Oleh itu, kata beliau Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta JPN dan SPR supaya jangan mengkhianati amanah rakyat untuk mendapatkan satu pilihanraya yang telus dan adil.

Tambahnya, JPN dan SPR perlu menjadikan diri sebagai agensi yang berwibawa dan tidak mudah menjadi lembu yang dicucuk hidung semata.

“Selain itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan kepada jentera pilihanraya di peringkat pemuda negeri dan kawasan-kawasan untuk melakukan semakan terhadap pengundi-pengundi sedia ada dan melaporkan sekiranya berlaku kes-kes yang meragukan supaya dapat diambil tindakan segera,” ujarnya lagi.

No comments: