Followers

Sunday, May 06, 2012

Sebuah fatwa yang merendahkan Islam yang mulia!



Maaf jika penulis telah rasa kurang hormat kepada Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang di ketuai oleh yang bernama Dr Abdul Shukor Husin yang mengeluarkan fatwa haram demonstrasi yang melanggar undang-undang yang serentak dengan itu jelas mengaitkannya dengan demonstrasi aman Bersih 3.0.

Bagi penulis inilah satu contoh fatwa yang paling hampas dan sangat mengelirukan dan terus menjatuhkan imej Jawatankuasa itu sendiri. Begitu mudah jawatankuasa ini memutuskan himpunan Aman seumpama Bersih 3.0 yang dihadiri 300,000 rakyat yang menuntut Pilihanraya telus dan bersih kemudian diamuk gila oleh polis sebagai haram! 

Terlalu tidak jelas maklumat dari sebelah mana, sama ada polis atau rakyat yang hadir tanpa senjata, sebagai fakta asas fatwa bahawa demonstrasi yang mencetus huru-hara yang kemudian dikaitkan dengan Bersih 3,0 itu, haram? Apakah jawatankuasa ini telah menyiasat secara adil dan telus siapa yang merusuh, membelasah dan bermaharaja lela di atas jalan raya tempoh hari? Atau fatwa dibuat dengan hanya maklumat dari PDRM atau dengan membentang tajuk-tajuk berita dari Utusan Meroyan?

Nampak sangat Jawatankuasa fatwa ini tidak membuat kerja dengan jujur dan cekap, hanya pandai buat fatwa secara semborono semata-mata malah ada ketikanya terlihat semacam fatwa itu ada ciri-ciri manipulasi fakta! Jika fatwa itu berasaskan fakta yang mempunyai ciri-ciri penipuan fakta atau manipulasi fakta, apakah fatwa itu halal? Sungguh memalukan umat Islam!

Abdul Shukor juga berkata tindakan menyanjung pemimpin yang menyokong LGBT juga perlu dielakkan kerana Islam sendiri menyenaraikan ciri-ciri pemimpin yang boleh dipilih antaranya bermoral tinggi, patuh ajaran agama, berpengetahuan dan amanah.

Fakta mana pula yang diambil oleh Abdul Syukor, yang cuba mengatakan pendemo  menyanjung pemimpin yang menyokong LGBT? Ini jelas fakta yang tidak betul kerana jika tujuan beliau mengata demikian untuk mengaitkan pendemo dengan Ambiga atau sesiapa, maka fakta ini mempunyai ciri-ciri penipuan yang jelas. 

Rakyat hadir ke perhimpunan aman Bersih 3,0 bukan kerana Ambiga atau menyanjung Ambiga  atau sesiapa, tetapi jelas kerana rakyat mahu pilihanraya yang adil dan bersih. Inipun pengerusi jawatankuasa fatwa susah benar hendak faham sedangkan katanya telah bertaraf Prof Emeritus! Bagaimanapun kehidupan peribadi Ambiga ianya tidak ada kena mengena dengan rakyat yang menghadiri Bersih 3.0 yang mempunyai 8 tuntutan yang jelas itu.

Jika Abdul Syukor dan jawatankuasanya mengatakan bahawa sokong Ambiga sebagai Pengerusi Bersama Bersih  bermakna sokong kehidupan dan prinsip hidup peribadi Ambiga, Abdul Syukor sebenar membuat kesilapan yang besar. 

Jika benar begitu pendirian Abdul Syukor maka cuba kita menggunakan kaedah itu untuk membuat andaian dan keputusan. Contoh, sesiapa yang menyokong Chua Soi Lek atau bersama Chua Soi Lek bermakna orang itu  atau puak-puak itu menyokong atau suka “main perempuan sundal”! Sesiapa yang menyokong JJ bermakna orang itu suka raba...........! Orang yang menyokong Najib bermakna............Althantuya! Kepada Abdul Syukor dan jawatanakuasanya, kita ingin bertanya, dalam Islam apa kah boleh kita membuat andaian begitu?

Abdul Syukor juga lupa, apakah haram menyokong Himpunan Aman Bersih 3.0 yang juga mempunyai Pengerusi Bersama seorang Sasterawan Negara  yang lemah-lembut,bersopan, berintegriti, prihatin tetapi tegas Datuk A Samad Said?

Nampaknya Jawatankuasa Fatwa yang diketuai oleh Abdul Syukur  bukan membawa umat Islam ke arah yang menenangkan fikiran malah sebaliknya menjadi agen mencelarukan fikiran ummah! Tolonglah jangan terlalu bermain dalam kelambu Umno kerana nanti akan dilihat orang; lucah!

No comments: