Followers

Saturday, May 26, 2012

Perangai bodoh sombong begitu tak payah diarah, KJ!



Khairy Jamaluddin kata, tiada arahan ganggu ceramah Pembangkang kepada UBN!

Untuk makluman KJ, perangai hodoh dan bodoh mengganggu siri ceramah Pakatan Rakyat, tak payah diarah, cukup hanya dengan memberi galakan, rangsangan dan asuhan awal. Apakah galakan dan rangsangan itu?

Dahulu semasa para pelajar Universiti, Occupy Dataran dibelasah oleh samseng-samseng gila babi, Menteri Pengajian Tinggi memberi ulasan seolah-olah padan muka pelajar-pelajar tersebut dan tiada pun tindakan undang-undang diambil terhadap samseng-samseng UBN itu! Inilah galakan, rangsangan dan asuhan UBN!

Apabila demonstran Bersih 3.0 dibelasah polis, katanya Menteri yang jaga polis tahu dan lihat dari puncak kayangan dengan teropong, tapi buat ‘derkk je’, tak keluarkan arahan langsung agar pembelasahan oleh polis diberhentikan! Ini pun satu contoh galakan, rangsangan dan asuhan!

Semasa Bersih 3.0 selesai, yang diriuh-rendahkan akan didakwa  hanya para demonstran yang  bertindak balas sopntan apabila diserang, bukan polis yang menyerang dengan ganas. Bukan rangsangan, galakan dan asuhankah ini?

Orang yang pernah nak tampar Nurul Izzah sewaktu berceramah di Lepar dahulu, adakah diambil peduli oleh Polis?

Kereta Anwar Ibrahim ‘dijahanamkan’ dekat Sembrong dahulu oleh para bajingan yang membawa bendera UBN dan para samseng itu melontar mercun ke arah pentas ceramah ikut atas kepala para polis, adakah diambil tindakan sampai sekarang? Inilah contoh galakan, rangsangan dan asuhan!

Banyak sudah berlaku kes-kes macam di Lembah Pantai tu, namun pengganggu dan para samseng tak pun di tahan polis dan kalau ditahan pun hanya dengan dipanggil ke balai namun tidak pun di dakwa di mahkamah! Ini pun satu galakan, rangsangan dan asuhan kepada para banjingan yang mengganggu ceramah Pakatan Rakyat!

Maka itu sebenarnya wahai KJ, puak-puak bodoh sombong UBN ini tak payah diberi arahan, kerana silibas asuhan United Malays National Organisation (Baru) pimpinan Najib Rosmah ini sebenarnya, sudah terkandung galakan dan rangsangan ke arah menjadi orang kurang akal macam itu! Tamrin Ghafar, orang Umno Asal pun kecewa dan bengang apa dengan perangai tak bertamadun macam itu! 

Orang lain satu dunia sibuk dengan politik kebijaksanaan yang bergerak ke hadapan , Umno/Bn berpolitik akal di kepala lutut yang membawa mereka bergerak ke belakang!

Dipetik dari MK:

KJ: Tiada arahan ganggu ceramah pembangkang

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menafikan Barisan Nasional (BN) mengeluarkan arahan mengganggu program ceramah pembangkang.

Mengutuk kejadian yang menyaksikan batu dan botol air dilemparkan ke atas hadirin satu ceramah pembangkang, Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau, menggesa supaya perbuatan itu dihentikan.

"Keganasan tidak ada tempat dalam politik Malaysia," katanya sambil menegaskan tidak ada arahan seumpama itu (mengganggu ceramah pembangkang).

Khairy menegaskan demikian ketika ditanya sama ada terdapat arahan yang dikeluarkan oleh parti itu untuk mengganggu program ceramah pembangkang.

Beliau juga berkata, pihak polis tidak sepatutnya membenarkan ceramah dua parti lawan diadakan di tempat berhampiran dan juga mesti memastikan keselamatan ahli politik dan para hadirin, tanpa mengira parti mereka.

Ceramah ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi menyaksikan  batu, botol air dan telur dilemparkan ke atas hadirin, mengakibatkan seorang warga emas cedera di kepala, manakala seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun cedera di pergelangan tangannya.

Sumber:malaysiakini

1 comment:

Anonymous said...

Hoi KJ bangang! Buta ko mato kau atau memang hati kau yang buto? Tu yang wakil2 rakyat BN bongok ada bersamo2 samseng2 dan barua menrusuh di Merlimau, Melaka tu bukan manusia UMNO ke? Atau lombu?? Yang tejogek dopan ponteh di Kuantan semasa Nrul berceramah tu bukan hantu UMNO ke? Atau memang hantu? Buang lah sipat bangang kau tu. Den pikir oghang lulusan okspot pandai, tapi ghuponya ado yo yang bangang.