Followers

Sunday, May 20, 2012

Nasib media pembodoh!

Media pembodoh bukan pembaca lari, tapi pembaca sepak teghuih atau buat alas mangkuk tingkat waktu berkelah kat pantai ja! Lebih tenteram jiwa, buat alaih pungguk sambil melihat laut! 

Jadinya, Sinar Harian pun kena ambik pelajaran tu semua, jangan cakap ja deghaih ok!



Media: Pembodohkan, pembaca akan lari

Salmiyah Harun

KAJANG: Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Karangkraf Datuk Abdul Jalil Ali (gambar)  berkata, biarlah pembaca yang menentukan sama ada mahu kekal dengan akhbar arus perdana atau pun beralih kepada akhbar lain.

Katanya, para pengamal media tidak perlu memeningkan kepala dengan istilah akhbar arus perdana kerana para pembaca hari ini dilihat semakin bijak mendapatkan maklumat.


"Soal akhbar arus perdana, tak payah peningkan kepala. Kalau akhbar itu memperbodohkan, pembaca akan beralih kepada akhbar lain. Banyak pilihan," katanya.


Yang penting katanya, perjuangan para pengamal media adalah menjadikan media berkredibiliti dan tidak perlu bimbang dengan media arus perdana ini.


Beliau juga bersetuju, kewujudan media baru menjadi sumber kepada pembaca sekali gus dapat membantu pembaca untuk menilai dan membandingkan laporan media arus perdana.


"Terpulang kepada pembaca untuk menilai. Memperbodohkan masyarakat, kita bersedia menolak semua yang bodoh, kita akan terselamat dan keluar dari kebodohan," katanya dihadapan kira-kira 100 hadirin yang hadir di Seminar Media Arus Perdana: Etika Kewartawanan dan Masa Depan anjuran Abim.


Terdahulu, dalam sesi pembentangan, Jalil Ali tidak menolak kecenderungan pembaca memilih suratkhbar bertambah kurang kerana kewujudan media sosial yang dilihat lebih cepat.


Beliau yang mempunyai pengalaman luas menguruskan akhbar arus perdana juga mengakui etika kewartawanan yang diperjuangkan selama ini tidak diterima editor akhbar arus perdana.


"Malah mereka lari dari etika semata-mata mahu selamat. Kadang-kadang saya dapati editor takut untuk menyiarkan sesuatu. Silap-silap kena dipanggil," katanya.


Akhirnya, kata beliau pembaca yang membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diperoleh media lain sama ada 'Facebook', 'twitter' atau blog-blog.

Sumber:harakahdaily

No comments: