Followers

Monday, May 28, 2012

Motivasi penting dari Tengku Aziz buat pemimpin Pakatan Rakyat

Betul atau tidak dakwaan Tengku Aziz ini adalah tidak penting. Yang penting kata-kata Tengku Aziz itu harus dijadikan motivasi penting kepada para pemimpin Pakatan Rakyat dalam menguasai pemerintahan Malaysia secara demokrasi melalui pilihan raya adil dan bersih di PRU ke 13 nanti.

Memantapkan perancangan, kecilkan jurang perbezaan, elakkan kontraversi, utamakan perbincangan dalaman, elak keluar kenyataan sensasi, utama yang lebih utama dan penting, fokus PRU ke 13 adalah antara pra-syarat utama ke arah membawa rakyat memiliki Malaysia baru! 

Berita dipetik:


Isnin Mei 28, 2012 

Pakatan Rakyat Sukar Perintah Negara – Tunku Aziz 

Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berpendapat bahawa adalah sesuatu yang sukar bagi Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah negara ini sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya sekalipun.

Ini kerana, katanya, parti-parti pembangkang masing-masing masih belum mendapat kata sepakat mengenai ‘kabinet bayangan’ mereka nanti.

“Apakah jawatan yang ingin diberikan kepada parti-parti pembangkang seperti PAS, PKR dan DAP. Dan apa yang akan jadi kepada negara ini?

“Dan kemudiannya masing-masing akan berkelahi sesama sendiri. Berapa jawatan dalam kabinet akan diberikan kepada parti ini dan berapa untuk parti itu,” katanya kepada pemberita di kediamannya di sini, Isnin.

Ketika ditanya adakah PR tidak sesuai untuk memerintah negara ini, Tunku Abdul Aziz menjawab: “Saya tidak berkata begitu. Apa yang saya kata, ia adalah sukar.”

Beliau berkata, pentadbiran itu bukan sesuatu yang mudah kerana memerintah Malaysia merupakan satu perniagaan yang kompleks.

“Pakatan Rakyat perlu menyelesaikan perkara-perkara darii kalangan mereka terlebih dahulu sebelum menghadapi pilihan raya akan datang.

“Kabinet bayangan akan dipersoalkan. Anda (Pakatan Rakyat) tidak boleh terus pergi ke Putrajaya tetapi anda tidak tahu siapa dan apa yang akan dilakukan,” katanya.

Mengenai kontroversi jawatan perdana menteri, Tunku Abdul Aziz berkata, pelantikan perdana menteri di kalangan bukan Islam tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun beliau menjelaskan bahawa negara perlu melihat realiti politik di negara ini berdasarkan kelaziman dan amalan tradisi.

“Yang di-Pertuan Agong merupakan seorang yang beragama Islam dan menteri yang pertama yang diberikan tugasan dan fungsi perlu selaras dengan agama (Baginda).

“Pelantikan (Perdana Menteri) boleh di kalangan mereka yang berbangsa Cina atau India tetapi yang beragama Islam,” katanya lagi.

Sumber:mstar.com.my

No comments: