Followers

Saturday, May 12, 2012

Kenyataan Media Preseiden PAS terhadap satu 'dasar' haramjadah!



KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

PASCA BERSIH 3.0: JAMINAN KESELAMATAN INDIVIDU
YANG DIBURU PIHAK KESELAMATAN


Setelah berakhirnya perhimpunan Bersih 3.0, maka terdapat desakan dan ugutan yang bertalu-talu dari pihak berkuasa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) supaya individu tertentu yang telah dikenalpasti bertindak untuk menyerahkan diri bagi melengkapkan siasatan pihak polis dalam isu perhimpunan Bersih 3.0.

Malangnya arahan serah diri ini hanya terarah kepada peserta demonstrasi sahaja, sedangkan tindakan segelintir pihak polis tertentu yang telah bertindak diluar batas undang-undang telah dibiarkan begitu sahaja.

Umum mengetahui bahawa kebanyakan mangsa yang menerima layanan buruk dan dicederakan dalam perhimpunan Bersih 3.0 telah berhadapan dengan kekasaran pihak polis ini setelah mereka digari, selain dari dipukul dan disepak secara betubi-tubi oleh pihak keselamatan yang telah mengheret mereka yang sedang dalam proses bersurai.

Kita akur bahawa penahanan seseorang adalah di bawah bidang kuasa pihak polis, dengan merujuk kepada peruntukan tertentu.

Tetapi tindakan memukul mereka yang berhimpun ini, apatah lagi yang sedang bersurai adalah salah dan sangat zalim sifatnya.

Bagaimana mungkin mereka yang dipanggil menyerah diri ini dapat dijamin keselamatan mereka dan tidak berdepan dengan kemungkinan tindakan kekerasan dan dipukul sekalilagi semasa siasatan dijalankan ?.


DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS
10 Mei 2012

No comments: