Followers

Thursday, May 03, 2012

IGP pencen kata Himpunan Bersih 3.0 diresapi pengaruh komunis!

Baru-baru ini seorang bekas IGP  mendakwa konon Himpunan Aman Bersih 3.0 didalangi oleh anasir komunis! 

Sekali fikir macam tak munsabah tetapi bila diperhalusi macam betul jugak dakwaan bekas IGP itu! Sebab semasa penulis kecil-kecil dahulu, mak dan ayah penulis sering menceritakan bahawa komunis ini jahat! Mereka melihat dengan mata kepala sendiri akan kejahatan, kezaliman dan kedajalan komunis dalam mendera rakyat! 

Pada waktu itu rakyat sering dilanyak, didera, dimaki-hamun, diugut, ditempeleng, disepak, ditendang, diteranjang, disekeh, dikurung, dicuri harta benda, cuma tak disembur air gas sahaja.

Maka kalau dihayati cerita zaman komunis dahulu maka macam lebih kurang je sewaktu himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini. Semua dunia nampak dan melihat pelbagai rakaman perbuatan dajal yang macam komunis buat dahulu! Begitu ramai rakyat yang dilanyak, didera, dimaki-hamun, diugut, ditempeleng, disepak, ditendang, diteranjang, disekeh, dikurung, dicuri duit malah lebih dahsyat disembur dan ditembak gas pemedih mata! Lebih satu daripada deraan zaman komunis dahulu!

Cumanya kalau dahulu komunis pakai seragam hijau tapi hari himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini, yang buat kerja dajal macam komunis itu pakai seragam biru gelap! 

Penulis taklah kata yang pakai seragam biru gelap itu komunis, tapi bila IGP  pencen yang juga tokeh judi itu sebut Himpunan Aman Bersih 3.0 itu mungkin diresapi pengaruh komunis, maka penulis tertanya-tanya pula pihak  manalah agaknya yang diresapi pengaruh komunis itu kalau bukan yang pakai seragam biru tua? Sebab, yang macam perangai komunis seperti yang mak dan ayah penulis cerita, yang itu lah!

Mantap juga  andaian IGP pencen tu yek! Macam kena je!

1 comment:

Anonymous said...

Si celaka nilah ketika dia jadi IGP, pasukannya telah melakukan jenayah di Memali dengan membuat fitnah bahawa As-Syahid Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya sebagai komunis. Akibatnya 14 orang yang tidak berdosa dibunuh dengan kejam oleh polis.