Followers

Tuesday, May 08, 2012

Hishamuddin Hussin 'sakit'!



Ulasan pandir seorang menteri ‘sakit’. Anwar Ibrahim ‘bapak segala yang salah’ dalam 1Malaysia sekarang, konon nak ambik alih Dataran Merdeka!

Laa....apa punya pandirlah wey! Wey... nak buat apa Dataran Merdeka!!!? Occupy Dataran Merdeka tak guna! Anwar dan rakyat guna Dataran Merdeka hanya nak Duduk Bantah SPR  dua jam sahaja-lah benak! Tak payah Anwar yang rancang nak ambik Dataran Merdeka tu, biarkan budak-budak U tu je!

Anwar dan rakyat rancang nak Putrajaya daaa! Nak occupy Putrajaya melalui pilihanraya bersih dan adil!! Ngko tak usah bimbanglah Dataran Merdeka ngko tu..... ambillah!! Tapi tunaikan sahaja 8 + 1 tuntutan Bersih 3.0, kalau benar-benar sangat islamik, sangat bermaruah, sangat berpengaruh, sangat berakhlaq dan kalau benar-benar anak jantan! Jangan pula balacikan lagi sekali Majlis fatwa agar keluarkan pula satu lagi fatwa, 8 tuntutan Bersih 3.0 haram! Bukan boleh kira majlis fatwa senget tu!

Konon tindakan gagal menyemakkan sentiment awam! Itu yang 300,000 berhimpun pada 28 April tuntut pilihanraya adil dan bersih itu, apa kejadahnya? Tak kah itu kerana sentiment awam  yang telah berjaya membawa 300,000 rakyat berhimpun Duduk Bantah?

Memang  ‘sakit’ menteri ni!

'Anwar rancang ambil alih Dataran'

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokong berniat mengambil alih (occupy) Dataran Merdeka daripada 14 hingga 28 April ekoran isu pinjaman pelajaran mahasiwa.

Bagaimanapun, tambah Hishammuddin, kurangnya sokongan daripada orang ramai menyebabkan rancangan itu tidak diteruskan.

"Pihak polis tidak mengganggu (pelajar memenuhi dataran), hanya pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.


"Oleh itu, tindakan itu gagal menyemarakkan sentimen awam," Hishammuddin dipetik sebagai berkata dalam temu bual dengan akhbar berbahasa Cina
Sin Chew Daily.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut bukti untuk menyokong dakwaan tentang 'rancangan' Anwar itu.

Sumber: malaysiakini

1 comment:

Anonymous said...

aku setuju dgn ko Bro,,, Pakatan nak tawan Putrajaya setakat dataran tu apa kes beb... memang meteri bengap