Followers

Friday, May 18, 2012

Fakta telah membuktikan Umno bukan Parti Melayu!

Menurut kata bekas Ketua Penerangan Umno Pekan Datuk Arif Sabri  Abdul Aziz Umno tidak boleh lagi mendakwa ia mewakili orang-orang Melayu kerana tidak sampai separuh orang melayu yang mengundi parti itu, malah katanya ahli-ahli Umno sendiripun tidak mengundi parti itu.

Dakwaan Datuk Mohd Arif itu nampaknya begitu berasas melihat kepada undi yang diperolehi Umno. Lagi kuat hujah itu apabila daftar pemilih penuh dengan beratus-ratus ribu pengundi yang tidak terdapat nama mereka dalam senarai di Jabatan Pendaftaran Negara. Siapakah mereka ini sebenarnya.

Oleh yang demikian pandangan yang mengatakan Umno bukan lagi mewakili Melayu amat logik. Umno (Baru) kini adalah sebetulnya adalah parti yang mewakili Najib, Rosmah, para pemimpin Umno, para pencacai pencen, para pakar senaman buntot, para warga asing Mynmar, Kemboja, Filipina, Indonesia dan juga dari Bangla!

Parti United Malay National Organisation telah menjadi Parti Senaman Buntot (PSB), Parti Pengundi Hantu (PPH) dan paling utama Parti United Multi-Nationality Organisation, bukan lagi Parti Melayu!!

Malang sungguh menjadi ahli Umno (United Multi Nationality Organisation)!!! Jom orang Melayu, ramai-ramai tinggalkan Umno seperti mana yang dilakukan tanpa teragak-agak oleh Pak Syeik Kadiq, sebelum PRU ke 13!! Jangan jadi Melayu yang turut bakal tersungkur bersama Umno!

Umno bukan lagi wakili orang Melayu

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 17 Mei: Umno tidak boleh lagi mendakwa ia mewakili orang-orang Melayu kerana tidak sampai separuh dari orang Melayu yang mengundi parti itu.

Malah, ahli Umno sendiri pun tidak mengundi parti itu, kata bekas Ketua Penerangan Umno Pekan, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.

Ketika menolak dakwaan kononnya Umno mewakili Melayu itu, beliau berkata: "Calon-calon Umno mendapat hanya dua juta  undi dari 5.7 juta undi Melayu.

"Jika Umno dapat dua juta undi sahaja, ia juga bermakna satu juta ahli Umno tidak mengundi calon-calon Umno".

Oleh itu, kata bekas Adun Pulau Manis itu, Umno malah tidak boleh mendakwa ia mewakili orang-orang Melayu.

Beliau juga menyifatkan Umno sebagai punca utama perpecahan orang-orang Melayu apabila parti itu menganggap seseorang itu hanya boleh dianggap Melayu jika ia menjadi ahli Umno.

"Punca sebenar perpecahan Melayu ialah budaya Umno yang memperhambakan minda orang-orang Melayu.

"Ia adalah parti feudal yang menanamkan pemikiran feudal kepada orang-orang Melayu. Melayu dianggap Melayu hanya jika dia Melayu Umno," tegas beliau dalam tulisannya yang bertajuk "Rise against feudal Umno" atau "Bangkit menentang Umno yang feudal".

Dengan keadaan Umno yang seperti itu, Ariff mempersoalkan apa perlu wujudnya perpaduan Melayu jika ia berada di bawah hegemoni atau pengaruh kekuasaan Umno?

"(Sedangkan) hakikat sebenarnya ialah Umno tidak ada lagi hak moralnya untuk mendakwa ia mewakili Melayu," tegas beliau.

Beliau menyeru orang-orang Melayu bangkit dan bergerak ke hadapan untuk menolak perhambaan mental yang dipaksakan oleh Umnon.

Beliau mempersoalkan, bagaimanakah kita boleh berkerjasama dengan parti yang mengkhianati kepentingan orang-orang Melayu.

"Saya sama sekali tidak akan tunduk kepada penyamun dan perompak yang mendakwa mahu meningkatkan taraf hidup dan memelihara orang-orang Melayu sambil mengapikan-apikan konfrontasi agama," tegas Ariff.

Harakahdaily

1 comment:

Anonymous said...

PAS PUN SAMA JUGALAH KAMI ORG ISLAM MALAYSIA ANGGAP PAS TU DAH SESAT :-)
BUKTI:-)
1. DULU UMNO DIKATAKAN KAFIR SBB KAWAN DENGAN ORG KAFIR. TAPI KINI PAS BOLEH BERKAWAN DENGAN DAP YG JELAS TELAH MENOLAK ISLAM. So macamana.
2. Hukum HUDUD dijadikan gimik politik. Kejap Hudud akan dilaksanakan bila dpt tawan putrajaya namun bila kene sergah dgn Karpal Singh terus berubah nada. kesian aku tengok pas takut kepunan nak memerintah negara. Haha
3. Bersih 3 jelas menunjukkan PAS menyusahkan org ramai. Polis Islam dikatakan anjing. Masaallah,
Pukul Polis Islam, Rosakkan hartabenda awam terbalikkan kereta polis, adakah ini sifat muslim sejati. tunjukkan hadis atau nas al quran yg menunjukkan perkara itu dihalalkan.
4. Fatwa pas setiap kali nak pilihan raya, unid pas masuk syurga. Adakah pas diamanahkan untuk menjaga syurga. ??.
Bertubatlah saudara ku seagama. Esok bila kita mati ditanya siapa saudara kamu so nak jawab apa. Bertaubatlah saudara ku