Followers

Saturday, May 12, 2012

Dengan orang asing Utusan Meloya kecut...........!



Utusan Malaysia atau yang dikenali orang sebagai Utusan Meloya yang memang setiap hari cukup meloyakan adalah contoh akhbar pencacai yang tiada maruah dan memalukan. Belagak gagah memfitnah orang asing demi memburukkan Bersih 3.0 dan rakyat yang menyertainya, akhirnya tersungkur menggadai maruah bangsa menyembah lutut orang asing itu memohon maaf. 

Penyakit tiada maruah ini juga dihidapi juga oleh NST dan Berita Harian sebagai akhbar yang tidak ada akhlak dan moral yang cukup memalukan bangsa Melayu yang hanya berani dengan anak bangsa sendiri, dengan orang asing kecut telur!

Kalau dah engkau hebat sangat konon sebagai pembela Islam lawanlah kenapa kecut perut mohon maaf? Kepada anak bangsa yang sebangsa kamu seperti Azmin Ali, Anwar Ibrahim dan Tok Guru Nik Aziz, demi politik jahat tuan kamu, kamu fitnah semahu mungkin!

Sehingga ke hari ini, kerana fitnah jahat dusta kamu itu, telah mendatangkan aib keseluruh maruah dan keturunan Azmin dan Anwar Ibrahim, kamu tidak pernahpun memohon maaf malah makin galak membuat fitnah yang diharamkan oleh Allah Yang Maha Berkuasa. Tetapi dengan orang asing kamu kecut telur, menyembah lutut secara memalukan. 

Memang kamu akhbar yang jahat dan tiada maruah. Bagaimanakah pendapatan kamu, gaji kamu, yang kamu terima daripada hasil memfitnah orang terutama anak bangsa yang seagama dengan kamu, yang Allah haramkan? Bilalah agaknya Majlis Fatwa Abdul Syukur nak fatwakan pendapatan yang kamu terima hasil duit gaji ‘siang malam’ menipu dan memfitnah orang, demi tuan kamu?

Kenyataan maaf dan penarikan balik

ARTIKEL Utusan Malaysia bertarikh 30 April 2012 yang disiarkan pada 1 Mei 2012 pada muka surat 6 dan di dalam Utusan Online (‘www.utusan. com. my’) yang bertajuk ‘Senator anti-Islam pantau Bersih 3.0’. Artikel tersebut merujuk kepada Senator Nicholas Xenophon, seorang senator bebas dari Selatan Australia.


Utusan Malaysia mengesahkan terdapat kesilapan dalam menerbitkan pernyataan-pernyataan di dalam artikel tersebut. Kami menerima bahawa dalam ucapan beliau di Parlimen Australia yang dirujuk dalam artikel tersebut, Senator Xenophon tidak menggunakan perkataan ‘Islam’ dan beliau tidak juga menegaskan bahawa Islam bukanlah sebuah organisasi agama tetapi sebuah organisasi jenayah yang berselindung di sebalik kepercayaan agama.

Berdasarkan sebab-sebab di atas, Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesemua pernyataan-pernyataan terkandung di dalam artikel tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada Senator Xenophon di atas kedukaan atau pengaiban yang diakibatkan kepada Senator Xenophon ekoran daripada penyiaran artikel tersebut.

1 comment:

Anonymous said...

suratkhabar utusan meloya ni layak buat lap bontot je....x ada satu pun berita nya yang betul.....paper sampah.....