Followers

Saturday, May 12, 2012

Cadangan paling 'tolol' daripada Sang Kataak Bobok!


Inilah yang dikatakan katak yang tak ada kerja lain dan suka buang masa. Sepatutnya dia bangga jika persatuan-persatuan Islam menggunakan nama Islam demi perjuangan Islam. Tapi bagi raja katak, perlu digugurkan. Jenis otak sengkek!

Untuk pengetahuan Sang Katak Bobok yang jahil, bahawa banyak lagi perkara lain yang perlu difatwakan bukan soal nama Islam PAS:

Mahathir kata tiada hukum hudud dalam Al-Quran, fatwakan dulu!

Keganasan polis tidak membenarkan orang Islam yang ditahan sewaktu Himpunan Bersih 3.0, solat maghrib, fatwakan dulu!

Kejahatan SPR yang menipu dan 'berspin-spin' dalam mengendalikan pilihanraya, fatwakan dulu!

Pendapatan wakil rakyat dan para menteri serta Perdana Menteri yang makan gaji dari hasil kemenangan dalam pilihanraya yang penuh dengan penipuan, tidak adil dan kejahatan, fatwakan dulu!

Nak fatwakan nama Islam PAS yang dibenarkan oleh kerajaan warisan Umno buat apa, BODDOR!!

PERKASA cadang Majlis Fatwa kaji gugur nama Islam PAS

PERKASA mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam pada parti itu.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata sudah sampai masanya majlis fatwa berbuat demikian memandangkan ia boleh mengelirukan umat Islam, terutama di kalangan penyokong fanatik parti itu.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis ceramah di Pasir Mas malam tadi, beliau berkata ada yang menganggap setiap tindak tanduk atau kenyataan daripada pemimpin PAS sebagai tuntutan Islam.

Contohnya ialah seperti kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mewajibkan umat Islam khasnya penyokongnya menyertai perhimpunan yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan yang menimbulkan kekacauan di ibu negara baru-baru ini.


"Sedangkan beliau (Nik Aziz) sendiri tidak menyertai perhimpunan itu, yang menyebabkan beberapa orang awam dan anggota polis cedera," katanya.


- Bernama

Sumber: malaysiakini

No comments: