Followers

Sunday, May 13, 2012

Bilangan warga asing dapat kerakyatan...naik 4000%!!

Patutlah Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden kepada parti United Malay National Oranisation (Baru) begitu pandai dan cekap menggunakan perkataan "haramjadah" kepada rakyat yang tidak sehaluan dengan kerja pendek akal Isa Samad di Felda, kerana rupa-rupanya ada pihak-pihak balaci dalam kerajaan yang telah melakukan kerja-kerja 'haramjadah', mewarganegarakan warga asing secara gila-gila semenjak UBN hilang dua pertiga majoriti di Parlimen. 

Persoalan 'Task Force' yang didedahkan oleh Datuk Mahfuz AP Pokok Sena masih tidak mendapat ulasan sekelumitpun dari puak-puak 'haramjadah' yang membuat kerja haramjadah yang pasti membahayakan keselamatan negara dan rakyat Malaysia!

Apakah Perdana Menteri dan puak-puak 'haramjadah' yang memperjudikan keselamatan negara ini memerlukan Bersih 4.0 untuk menyedari bahawa mereka benar-benar haramjadah kerana membahayakan keselamatan negara dan rakyat? Selayaknya 'haramjadah' Perdana Menteri itu bukan dimakikan kepada rakyat marhean (peneroka Felda) yang menuntut keadilan tetapi dilutukan ke atas kepala para pegawainya (task force haram) yang buat kerja haramjadah itu.


Bilangan warga asing dapat kerakyatan....Naik 4000%

Bilangan warga asing yang memperoleh status kewarganegaraan dan layak mengundi meningkat 3,492 peratus sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12. 

Ia berdasarkan salinan soalan Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din kepada Menteri Dalam Negeri Tan Sri Hishammuddin Hussein bertarikh 19 Mac lalu.

Pertanyaan itu mendedahkan antara tahun 2000 hingga 2007, hanya 390 warga asing menerima kerakyatan secara purata tahunan.

Bagaimanapun, pada 2008, tahun pilihan raya yang menyaksikan Pakatan Rakyat menang lima negeri, bilangan warga asing yang menerima kerakyatan bertambah sebanyak 300 peratus.

Mengikut paparan yang tersebar di internet terutama facebook, jumlah itu terus meningkat sebanyak 1,225 peratus pada 2009 manakala pada 2010, jumlah itu naik mendadak hingga mencapai 3,892 peratus.

Tiada perangkaan bagi 2011 tetapi jika trend ini berterusan, tidak mustahil jumlah peratus meningkat sekali ganda dari tahun sebelumnya. 

Ini menimbulkan persoalan mengapa pertambahan itu naik dengan drastik sebaik sahaja Umno BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan hilang lima negeri.

Sumber:SK64

No comments: