Followers

Monday, May 21, 2012

Banyak jenis 'gila' dalam Umno rupanya! Ini 'gila' terbaru!



Dalam Umno ini banyak jenis gila! Ada ‘gila’ Ahmad Maslan, ada ‘gila’ Zahira, ada ‘gila’ haramjadah, ada gila lembu dan mungkin ada juga gila babi agaknya! Dan satu lagi jenis gila ialah ‘gila’ Zam Maidin!

Mana tak gilanya, puak dia yang sibuk nak wujudkan konon runding kerjasama dengan Pas, puak dia jugak yang kecoh mengulas itu dan ini pasal muzakarah Umno-PAS! Malah ada juga yang hinggakan seolah-olah bercakap bagi pihak Pas, konon Pas begitu dan begini!  Macam-macam ulasan pandir yang di keluarkan, tak perlu syaratlah, tak ikhlaslah, gimik pilihanrayalah, macam-macam! Datang pulak si mamak maidin ni, lumpuh dan musnahkan Pas! Amboi-amboi.....apa? Pas ini parti tunggul kayu ke?

Bila pula dalam Pas berlaku keruntuhan moral? Bila pulak dalam Pas berlaku kekalutan politik ni? Dengar ceritanya mamak maidin ni, orangnya hebat sangat tapi rupanya bebal  erti keruntuhan moral dan kekalutan politik! Ada pulak, waktu orang-orang yang sedar,  insaf dan prihatin berbondong-bondong menyertai Pas, Pas runtuh moral! Mabuk apa dia ni?

Wey mamak, yang maknanya runtuh moral ialah bagi duit suruh ternak lembu buat joli anak beranak.  Beli kapal selam, makan komisyen sampai mati budak Monggolia! Duduk hotel mahal, bershopping sakan macam orang gila, guna duit rakyat! Berjumpa hujung minggu bagi duit beratus ribu rm pada perempuan! Membiarkan daftar pemilih SPR penuh dengan pengundi laknat dan haramjadah! Itu semua barulah betul dikatakan keruntuhan moral dan kekalutan politik wey!!

Memang gila, adake perpaduan Melayu hanya wujud jika hapuskan Pas! Apa, majoriti ahli Pas bukan orang Melayu? Ahli Umno semua Melayu ke? 

Sesungguhnya, perangai Zainuddin Maidin ini adalah contoh terbaik seorang yang sedang mengalami keruntuhan moral dan kekalutan minda politik daripada parti yang runtuh moral dan kalut politik, United Malays National Organisation (Baru) atau PEKEMBER (Cheh... tak elok lalu bunyinya!)!

Zam cadang lumpuh dan musnahkan PAS

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Pakar media Umno, Datuk Zainudin Maidin atau Zam menentang keras cadangan muzakarah Umno dengan PAS sebaliknya mencadangkan PAS dilumpuh dan dimusnahkan.

"PAS tidaklah seharusnya menjadi pilihan  Umno untuk perpaduan Melayu tetapi sebaliknya perpaduan Melayu hanya akan wujud dengan melumpuhkan PAS," tulis Zam dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini.


Bekas Menteri Penerangan dan Ketua Pengarang Utusan itu berkata, "kesempatan haruslah diambil daripada keruntuhan moral dan kekalutan politik PAS sekarang untuk memusnahkan sama sekali PAS."


Pendirian Zam ini dipercayai pendirian kebanyakan pemimpin Umno dalam menghadapi PAS.


Mereka bukannya mahu bermuzakarah dengan PAS tetapi mahu menghancurkan PAS sama sekali dengan menimbulkan keraguan di kalangan ahli PAS kepada pemimpinnya.


Mereka juga bertujuan untuk melahirkan keraguan rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat terhadap hala tuju perjuangan PAS di negara ini.


Sejak kebelakangan ini, media Umno itu galak benar menyiarkan berita berkaitan dengan cadangan muzakarah yang disebut oleh pimpinan PAS.


Cadangan muzakarah dengan semua NGO dan parti politik untuk menerangkan dasar PAS dijadikan cadangan PAS untuk bermuzakarah dengan Umno dan menghasilkan anggapan PAS mahu bergabung dengan Umno.

Tun Dr Mahathir pula hari ini mendakwa PAS tidak ikhlas mahu bermuzakarah dengan Umno.


Sebab itulah, katanya, perlbagai alsan dicari PAS untuk menggagalkan usaha itu.


Padahal, PAS menawarkan muzakarah kepada semua NGO dan parti politik untuk menerangkan Islam yang dibawanya tetapi Umno merosakkannya dengan berkata PAS mahu bermuzakarah dengan Umno.

2 comments:

Anonymous said...

cakap mcm spesis2 bangang yang lain,sewaktu dgn ahmad maslan.tak ada la nampak tanda2 pas nak musnah buat masa terdekat ni.kalau nak musnah pun parti lembu umpono ada sikit tanda2 nak pupus terus.macam "haramjadah" kata najib.

Anonymous said...

Erection, erection, erection.....