Followers

Sunday, May 13, 2012

8 tuntutan rakyat masih 'diharamjadahkan' dalam keadaan Pilihan Raya Umum sudah mahu bermula!

Heboh dikatakan Pilihan Raya Umum semakin hampir. Ada yang kata esok Najib pakar maki rakyat dengan istilah haramjadah akan mengadap Agong untuk bubar Parlimen. Soalnya apakah benar begitu? Beranikah pakar maki rakyat dengan istilah 'haramjadah' itu bubar parlimen? 

Hakikatnya banyak lagi yang Najib Rosmah tidak lakukan. Najib terus membiarkan 8 tuntutan Bersih dipekak badakkan.

Pembersihan senarai undi masih belum dilakukan. Agen Umno dalam SPR menjadi makhluk buta hati dan pekak badak terhadap isu kekotoran daftar pemilih pilihanraya. Pelbagai alasan dan dalih yang bersandarkan kepada teknikal perundangan menjadi alat mempermainkan hasrat dan tuntutan rakyat jelata. Beratus ribu pengundi dalam daftar pemilih yang tidak mempunyai rekod dalam senarai di jabatan pendaftaran Malaysia masih dibiarkan begitu. Untuk apa kalau tidak untuk menjadi pengundi haramjadah daripada hasil usaha yang paling haramjadah yang Umno lakukan!

Proses mereformasikan undi Pos menjadi satu kerja yang cuba memperbodohkan rakyat dan parti-parti yang pembangkang yang juga menjadi pelanggan kepada SPR yang haramjadah. Lebih 70,000 pengundi Pos dalam kalangan tentera  dibenarkan undi awal, seabliknya lebih 120,000 petugas sementera SPR pula dimasukkan ke dalam senarai pengundi Pos. Tidakkah ini kerja haramjadah namanya? Sangat haramjadah!

Guna dakwat kekal katanya telah dipersetujui namun demikian setakat mana ianya akan berjalan secara berintegriti belum dapat disahihkan. Mungkin ada peribahasa baru mengatakan 'kalau tak menipu bukan Umno!'.

Pilihan Raya Umum sudah sangat hampir namun akses media bagi semua parti bertanding terutama parti pembangkang kepada UBN belum nampak akan dilaksanakan oleh SPR dan tuan yang membelanya. Mynmar mendahului ketamadunan demokrasi meninggalkan 1Malaysia haramjadah jauh ke belakang dari aspek ini. Syu Syi telah dibenarkan berkempen di media sedangkan 1Malaysia haramjadah masih jauh dari ketamadunan. Mesir telah memulakan debat antara bakal-bakal calon Presidennya di Media, Najib Razak Perdana Menteri yang memulakan slogan haramjadah terus kecut perut untuk  berdebat dengan Anwar Ibrahim, walaupun secara tertutup di sudut karangkraf! Itulah Malaysia negara yang mempunyai slogan baru 'haramjadah' kepada penentang Umno.

Masa berkempen minima 21 hari masih belum dengar berita sama ada akan diterima atau tidak. Melihatkan kepada dua ahli Umno yang menjadi kepala taik SPR itu rasanya tuntutan kempen minima 21 hari tidak akan menjadi kenyataan. Kalau dibenarkan kempen minima 21 hari maka gelaran kepala taik SPR kepada 2 ahli Umno itu bolehlah dimansuhkan, kalau tidak, itulah yang sewajarnya!

Memperkukuhkan Institusi Awam adalah juga menjadi tuntutan Bersih, yang sehingga ke hari ini masih belum dipandang. Mungkin mereka yang tidak melayan itu buta matanya atau buta huruf tidak pandai membaca tuntutan yang rakyat laungkan di himpunan Aman  Bersih 3.0 baru-baru ini. Bukti yang jelas dan nyata sehingga ke hari ini media RTM, JAKIM, PDRM, SPRM, malah Jawatatankuasa Fatwa Kebangsaan serta bangunan, kenderaan dan bas-bas jabatan kerajaan masih menjadi bagaikan harta mak bapak parti United Malay National Organisation (Baru)! Ikutlah nafsu mereka nak menggunakan harta kerajaan yang menjadi harta rakyat untuk digunakan demi keperluan parti mereka!

Tuntutan Hentikan Rasuah Pilihan Raya juga diperlekehkan. Membawa rombongan dengan bayaran wang masih menjadi kerja haramjadah yang dilakukan. Wang ditabur bermula RM100 duit sekolah, RM200 baucer buku, BRIM 500 dan terakhir yang masih belum berakhir ialah 'durian runtuh' yang puas jenuh dijolok untuk diruntuhkan. Melihat kepada wajah dan cara kerja puak-puak haramjadah ini rasanya, rasuah wang tidak akan seledai sehingga ke malam terakihir sebelum hari mengundi. Malam sebelum hari mengundi bukan lagi durian runtuh malah tsunami bakal melanda! Puak-puak ini memang tak reti-reti untuk bertaubat, tak percaya tengok lah nanti....memang haramjadah jadinya malam itu!

Tuntutan terakhir agar dihentikan politik kotor nampak menjadi bagaikan mencurah air ke daun keladi! Orang yang gelap hati mana yang gemar kepada politik bersih? Belum pilihanraya telah berselirat dengan politik kotor apakah masa pilihanraya puak-puak ini akan tiba-tiba menjadi warak? Entahlah! Polis belasah rakyat, dituduhnya rakyat yang belasah polis! Minta Stadium Merdeka disuruhnya ke tempat lain. Minta Dataran Merdeka, disuruhnya ke Stadium Merdeka! Nak siasat keganasan Polis dilantiknya Hanif Omar yang benci Bersih 3.0 jadi ketua! Peneroka guna saliran undang-undang nak tuntut keadilan, dimakinya haramjadah! Memang berbelit mengalahkan ular sawa! 

Aku bukan suka sangat guna istilah 'haramjadah' ni tapi dah diajar, siapa pula yang mengajar tu? Memang haramjadahlah!






1 comment:

jamilipis said...

haramjadah haramjadah .. apa nak jadi malaysia ni .. mudah2an kita tidak diharamjadahkan oleh Nya dulu kita dan selamanya.