Followers

Monday, April 02, 2012

Umno memang pakar...!!!

Para pemimpin Umno yang menggelarkan parti Umnonya sebagai parti Melayu terhebat adalah juga pakar yang hebat dalam menggadai tanah rezab Melayu. Kenyataan ini adalah berdasarkan kepada relaiti dan fakta yang nyata.

Mengikut rekod sewaktu Umno memerintah Kelantan, kerajaan Umno waktu itu telah 'menggadai' tanah rezab Melayu di bandar Kubang Kerian.

Bayangkan darjah pengkhianatan parti terhebat bangsa Melayu ini terhadap orang-orang Melayu apabila melihat kepada fakta bahawa pada tahun 1957 terdapat 3 juta hektar tanah rezab Melayu yang ditinggal penjajah telah susut kepada 1.7 juta hektar pada tahun 1995.

44 peratus tanah rezab Melayu yang ditinggalkan Britsih telah telah susut pada kadar 1.2 peratus setahun. Dasar kerajaan Umno parti yang mengaku pembela bangsa melayu terhebat, telah memperalatkan Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992 telah memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri Umno/Bn mengambil Tanah Rezab Melayu atas nama pembangunan.

Di Kedah ketika di bawah pemerintahan Umno, kerajaan Umno telah merampas 2000 ekar tanah sawah di Kerpan untuk diserahkan kepada Syarikat Benladin Group untuk projek udang harimau.

Projek tersebut gagal, para petani berputih mata kehilangan tanah dan tanah itu pun belum berganti! Sanusi Junid sewaktu menjadi Menteri Besar pernah memberi jawapan bertulis di DUN Kedah bahawa 20,677.89 hektar tanah rezab Melayu telah dijual dan pada tarikh tersebut Kerajaan Kedah (Umno/BN) belum lagi menggantikannya.

Di Johor, negeri yang berkarat biru Umno, merampas 26000 ekar tanah dari Tanjung Piai, Pontian untuk membina Bandar Baru Piai. Kampung rakyat telah diserah kepada Kok Brothers dan UEM.

Tanah rezab Melayu dan tanah-tanah projek Wilayah Iskandar juga banyak yang telah dijual kepada cukong-cukong Singapor!

Di Melaka, Umno mengambil tanah rakyat di Kampung Pantai Kundur dan Tanah Merah untuk pembinaan Butter Zone oleh Petronas.

Di Trengganu, Umno menjual tanah orang ramai di Pulau Redang kepada Syarikat Berjaya Group sekuas kira-kira 300 ekar dengan harga RM500.00 seekar. Ia dijual pula dengan harga RM70,000.00 seekar.

Di Pahang tak usah cakaplah. Terlalu banyak tanah-tanah kerajaan negeri dan rakyat yang dikuasai oleh cukong-cukong dan para hantu raya. Rakyat marhaen hanya mampu berebut tanah tersepit yang berada dicelah-celah, itu pun kalau hantu raya tak kacau!

Di Pulau Pinang tak ada yang tinggal lagi 'habis tergadai' sepanjang pemerintahan Umno/Bn yang lalu.

Begitulah Umno, bukan sahaja tanah-tanah adat dan tanah rezab Melayu, tanah Felda pun mahu digadainya. Katanya Najib akan umum durian runtuh pada 1 Mei nanti untuk 'dihempapkan' ke atas kepala para peneroka yang rata-rata Melayu. Setahun dua selepas itu kita tengok siapa yang kenaa!!

Nampanya jika puak-puak ini terus menguruskan Putrajaya rasanya Tanah Melayu pun boleh tergadai!

Demikian hebatnya para pemimpin parti Melayu terhebat itu! Sebahagian orang-orang Melayu yang masih menjadi katak bawah tempurung juga nanti akan turut tergadai jika terus tidak mahu berubah kepada Asal Bukan Umno(ABU). Tunggu sajalah apabila tanah Melayu telah habis tergadai, orang-orang Melayu juga mungkin akan digadai oleh puak-puak ini kerana mereka memang pakar....!!


No comments: