Followers

Monday, April 23, 2012

TIBAI buat kerja membazir dan tak cerdik!

Bagi penulis betapa rendahnya pemikiran mereka yang menubuhkan apa yang digelar TIBAI. Mereka ini rupanya masih berada dalam kepompong sempit yang tidak mampu melihat lebih luas daripada Anwar Ibrahim. Nama masing-masing konon ahli politik hebat taoiu rupanya hampas.

Takkanlah dalam begitu banyak isu yang melingkari kehidupan rakyat, isu Anwar Ibrahim menjadi begitu penting! Apakah puak-puak ini fikir kalau takdirnya Anwar Ibrahim tak ada maka Pakatan Rakyat akan berhenti menentang Umno Baru dan Bn? 

Bukan Anwar yang kata tapi Tok Guru Nik Aziz kata, kalau hari ini Umno laksanakan pemerintahan dan hukum Islam, PAS akan dibubarkan serta merta! Kalau dah begitu apa pentingnya NGO TIBAI untuk konon nak tibai Anwar Ibrahim? Masalahnya ialah menibai Anwar Ibrahim atau memfitnah Anwar Ibrahim untuk menyusun 'dosa-dosa kering' sebelum berangkat ke alam barzakh!

Di sinilah bodoh dan betapa membuang masanya ngo TIBAI ini kerana kecetekan pemahaman politik mereka. Hakikatnya hari ini kebanyakan rakyat bangkit menentang UBN bukan kerana faktor Anwar Ibrahim semata-mata.  Mana rakyat tak tentang, kalau pemerintah terus menekan hidup rakyat dan dalam masa yang sama menjaga para kroni dan anak bini bagaikan menatang minyak yang penuh!

Kalau takdirnya Anwar Ibrahim dah tiada, apakah rakyat akan membutakan mata dan memekakkan telinga mengenai kes 250 juta keluarga lembu, mengenai hampir RM600 juta pelupusan hutang seorang Tajuddin Ramli, mengenai komisyen RM500 juta kapal selam, mengenai kematian Althantuya yang tak boleh tahu apa sebabnya, mengenai pembelasahan wang zakat oleh menteri, mengenai task force celaka yang memberi kerakyatan mudah kepada warga asing, mengai cekik ke darah PTPTN, mengenai bertrilion ringgit ketirisan wang negara, mengenai cincin RM24 juta, mengenai majlis bertunang RM400,000 guna duit rakyat, mengenai pembaziran, rasuah, bail-out kroni, kelakuan jahat dan tak senonoh anak-anak menteri dan macam-macam seribu satu masalah lagi?

Nampaknya TIBAI sungguh memalukan kerana perjuangannya hanya  menolak individu yang bernama Anwar Ibrahim, itupun tanpa asas yang kukuh langsung! Aku ingatkan merekanya cerdik berpolitik rupanya, bodoh dan cukup membuang masa!

Wahai TIBAI, Anwar Ibrahim hanya sekadar pencetus dominan bukan penentu kepada kebangkitan rakyat yang mutlak! Kami bersama menyokong Anwar Ibrahim kerana Anwar menginsafi denyut nadi kehidupan rakyat, tidak seperti para pemimpin UBN yang  elitis dan angkuh!


2 comments:

Anonymous said...

isu anwar sangat penting kerana kerana dia bercita cita nak pimpin kita semua dalam keadaan dia terpalit dengan begitu banyak kontraversi.

asas tak asas, hari ni dato nalla serah 1 pita video kat peguam dia.

cuma singkatan nama kelab tu tibai saya kurang bersetuju.

azman

garamlada(accudo) said...

Kalau pegang kepada kepercayaan saudara bahawa orang yang terpalit dengan begitu banyak kontraversi maka perlu diTIBAI dan difitnah untuk tidak menjadi pemimpin, maka saya yakin seluruh para pemimpin Umno terutama Najib Razak yang terlebih dahulu perlu di TIBAI kerana mereka telah memimpin negara, sedangkan Anwar baru nak jadi! Yang memimpin sekarang sudah banyak merosakkan, Anwar tidak pun melakukan sesuatu yang telah merosakkan negara!