Followers

Sunday, April 01, 2012

SPR bukan sahaja memelihara pengundi hantu malah segala kerja buatnya dikuasai dan dilakukan oleh 'hantu-hantu'!


Ini contoh kerja yang dilakukan oleh hantu:

Pengundi terkejut, ada pihak pindah namanya


Ahmad Danial 31 Mac 2012


BUKIT KATIL 31 Mac: Seorang pengundi, Zawawi Abdul terkejut apabila semakan di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati alamat tempat mengundinya telah ditukar tanpa pengetahuannya.

Beliau yang merupakan pengundi di Peti Undi Bukit Lintang dalam Dun Ayer Molek sejak tahun 1970-an lagi kini ditukar menjadi pengundi di Dun Duyong.

"Sejak dari tahun 70-an saya mengundi di Sekolah Kebamgsaan Bukit Lintang tidak pernah pindah tempat mengundi, saya terkejut bila menyemak di laman web nama saya ada di Dun Duyong," katanya kesal.

(Gambar: Zawawi menunjukkan salinan Borang Daftar Pemilih dari SPR yang didakwa ditandatangan oleh pihak lain)

Beliau yang telah membuat bantahan di Ibu Pejabat SPR negeri semalam juga terkejut apabila ditunjukkan salinan borang pertukaran alamat yang tertera cop Kemas dan tandatangan palsu yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

"Saya tidak pernah mengisi tukar tempat mengundi dan tandatangan dalam borang tersebut bukan tandatangan saya, malah saya juga tidak pernah menyerahkan fotostat kad pengenalan kepada sesiapapun," katanya lagi.

Ekoran perkara itu, beliau juga telah membuat laporan polis.

Sementara itu, Penyelia Dun Ayer Molek, Haji Mustaffa Ali menyifatkan tindakan pihak tertentu itu sebagai perbutan khianat dan tidak bertanggungjawab.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ianya didalangi parti politik tertentu dalam usaha mendapatkan kemenangan dengan cara tidak bermaruah pada PRU-13 nanti.

"Ini merupakan tindakan yang jelas bertentangan dengan undang-undang dan demokrasi" katanya.

Sumber:sini


Inipun dilakukan oleh hantu:


Pengundi bernama Nagandran A/L Muthu beralamat J 132,Kampung Jelutong ,tempat kediaman Ustaz Abdul Kadir bin Saleh.


Mungkinkah SPR sudah menjalankan taktik kotor di DUN Changkat Jering? Seorang penduduk India beragama Hindu didaftarkan sebagai pengundi di daerah mengundi,Kampung Jelutong dalam DUN Changkat Jering.Kampung ini majoritinya orang Melayu Islam.

Mungkinkah SPR bersama UMNO menggunakan taktik kotor lagi jijik ini untuk mengalahkan DS Nizar di Parlimen Bukit Gantang?

Menurut satu sumber,banyak pengundi tidak dikenali didaftarkan di DUN Changkat Jering yang mempunyai banyak lokaliti baru.

Setakat ini petugas Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang sedang mengesan dan mengaudit kes seperti kes Nagandran A/L Muthu ini.

Sumber:sini

1 comment:

JOURNEYMAN said...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Minta jasa baik pihak Tuan untuk linkkan blog JOURNEYMAN http://journeyisman.blogspot.com/ dalam SENARAI 'BLOG PILIHAN' milik Tuan agar maklumat dan info2 Politik dapat kita kongsi bersama.

Akhir Kalam, semoga penulisan anda dapat memberi inspirasi buat pembaca lebih matang dalam menentukan masa depan politik Negara, Insyaallah.


Blog anda juga telah saya senaraikan antara blog menarik yang WAJIB dikunjungi pembaca di blog saya. Sekian. TERIMA KASIH



"Paparan Info Politik menjangkaui sempadan ideologi."


http://journeyisman.blogspot.com/