Followers

Wednesday, April 18, 2012

Rakyat Pahang tetap tak sedo-sedo, nok digemanakan!

Walapun negeri Pahang kian tenat, namun masih ramai rakyat Pahang yang gagal meninjau isu-isu yang membelit permasalahan kehidupan dan survival mereka semenjak berada di bawah pemerintahan UBN. Di kedai-kedai kopi generasi tua masih bersembang Umno pembela bangsa. Manakala makcik-makcik di 'lambo' rumah masih kukuh tertanam dalam minda mereka kalau Umno tak ada kita akan kembali makan ubi kayu!

Maka ramailah rakyat Pahang buat tak kisah akan perubahan yang sewajibnya berlaku pada PRU ke 13 nanti. Terus mereka bersentimental dengan Umno, rela ditabur janji manis wakil rakyat UBN walau masih banyak tidak tertunai. Masih kagum dengan kesusahan sendiri dalam pada wakil-wakil rakyat mereka ada yang walaupun baru sepenggal menjadi wakil rakyat telah memandu Alphard mewah ke hulu ke hilir!

Akhirnya Daim Zainuddin kata negeri yang tinggal buat UBN salah satunya ialah Pahang. Hanya Pahang antara yang tinggal buat UBN kerana masih ramai pakcik dan makcik diserkup dengan tempurung Utusan Meloya dan Berita Hairan serta TV 3 suku. Begitulah majoriti rakyat Pahang...alahai, nok digemanakan!!

Padanlah Datuk Fauzu kata yang pandai masuk PAS, yang cerdik masuk PKR, yang pintar masuk DAP dan yang samseng masuk Umno. Cuma satu lagi yang masuk Umno yang Datuk Fauzi tak sebut iatu yang sanggup dipandirkan walaupun nanti menang sorak kampung tergadai!



Yang pandai masuk PAS, samseng masuk Umno

Khairil Abdul Rahim 18 Apr 2012

TEMERLOH, 18 April: Trend terbaru golongan muda pada masa ini ialah yang pandai masuk PAS, yang cerdik masuk PKR, yang pintar masuk DAP dan yang samseng masuk Umno.

Bekas Timbalan Menteri Penerangan Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, beliau bukan mereka-reka cerita tetapi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri yang mengatakan Umno sudah berpuluh tahun tidak dimasuki orang pandai sebaliknya mereka memilih PAS.

“Dr Mahathir sendiri mengatakan Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS sehingga akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya.

“Dr Mahathir akui sejak zamannya Umno tidak memberi peluang kepada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.

“Habis sekarang ni siapa yang ada dalam Umno? Ikut kata-kata Dr Mahathir orang cerdik pandai tak masuk Umno. Yang pandai masuk PAS, yang cerdik masuk PKR dan pintar masuk DAP. Tapi yang samseng masuk Umno,” katanya.

Fauzi yang juga Ketua Perhubungan Keadilan Pahang berkata demikian ketika berceramah dalam majlis ‘Aku Bekas Umno’ (ABU) di Taman Bukit Chermin di sini anjuran PKR Cabang Temerloh.

Turut berucap bekas Ketua Penerangan Umno Pekan yang juga bekas Adun Pulau Manis Datuk Ariff Sabri, bloger dan pemimpin Umno Negeri Sembilan Aspan Alias serta bekas AJK Umno Temerloh Rosli Ismail.

Fauzi berkata, memang terdapat perbezaan yang ketara antara pimpinan Umno dulu dengan sekarang kerana pemimpin dulu sanggup berkorban tetapi pemimpin parti itu sekarang ini mengintai peluang sahaja untuk mengayakan diri masing-masing.

"Pemimpin Umno dulu tengok orang Melayu susah, dibuka tanah untuk beratus ribu rakyat dan lantik Felda uruskan. Tapi sekarang Umno bagi tanah untuk satu orang. Contohnya di Bukit tinggi (Bentong) seorang tauke dapat 36,000 ekar. Begitu juga di Gambang (Kuantan) beribu ekar diberi hanya kepada seorang tauke.

“Saya masih ingat pada tahun 1974 Menteri Besar ketika itu Abdul Aziz Ahmad, (Tanah dalam bandar Kuantan) Transit Kuarters dulu rizab Melayu tapi tapak itu sudah dijual kepada tauke Cina dari Singapura,” tegasnya.

Fauzi berkata, ada betulnya kenyataan Dr Mahathir yang mengatakan cerdik pandai tidak lagi masuk Umno sebab itulah jika diperhatikan pemimpin Umno dulu korban diri untuk kepentingan rakyat, tetapi pemimpin Umno sekarang korbankan rakyat untuk kepentingan diri.

“MB Pahang dulu tak masuk universiti tapi akal panjang dan amanah. Di buatnya kilang Aspa dan Mentiga kerana Pahang kaya dengan hutan balak. SEDC ditubuh bangunkan tanah Melayu ketika itu Aspa diberi 1.1 juta ekar tanah hutan balak tapi semua itu dah hilang.

“Kita boleh tengok tahun 1969 negeri Pahang ada simpanan tunai RM250 juta tetapi Pahang sekarang hutang pula RM2.3 bilion dan kena saman lagi RM63 juta oleh syarikat balak,” ujarnya.

Dalam pada itu Fauzi turut membangkitkan pada masa ini 2.5 juta pengundi dalam keadaan meragukan sehingga terdapat nama dalam Daftar Pemilih tetapi apabila disemak dalam JPN, tiada pemilik mykad.

“Jadi lepas ini anak cucu kita tak boleh tentukan masa depan tetapi pendatang asing.”

Sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9665-yang-pandai-masuk-pas-samseng-masuk-umno

No comments: