Followers

Sunday, April 15, 2012

PTPTN penjajah!

Sesungguh demontrasi para pelajar Universiti semalam yang menuntut PTPTN dimansuhkan amat wajar dan cukup mengkagumkan. Tahniah diucapkan di atas keberanian anak-anak muda itu.

PTPTN adalah hutang. Hutang adalah mekanisma terbaik buat mana-mana pihak yang berkuasa yang ingin mempertahankan kuasanya dengan menjajah minda rakyat. Seperti mana IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) yang dikuasai Yahudi mampu menguasai mana-mana negara melalui skim pinjaman yang dihulurkan. Negara peminjam akan mudah diikat kaki tangan untuk menurut kata.

Begitulah PTPTN berfungsi. Dengan hutang besar di peringkat awal kehidupan rakyat yang mula bekerja, maka rakyat yang berusia muda akan menjadi lesu, hilang ghairah dan tidak bernafsu untuk melihat secara kritis segala keonaran yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Melalui penjajahan PTPTN anak-anak muda hilang kemerdekaan.

Maka itu memang wajar sebagai rakyat yang dikatakan merdeka, menuntut PTPTN dimansuhkan. Beban seharusnya diletakkan kepada kerajaan untuk menyediakan Pendidikan Percuma agar para pemimpin, anak bini para pemimpin negara, tidak merasakan negara ini hak mak bapak mereka yang punya untuk bebas membeli cincin, beg tangan mewah lagi berjenama, pakaian dari butik Australia, majlis pertunangan anak dengan nilai berribu dan berjuta ringgit.

Beban memberi pendidikan percuma kepada rakyat perlu digalas oleh para pemimpin parti yang menguasai kerajaan agar anak bini mereka sentiasa sedar diri daripada berlagak dengan kereta Porsce diusia muda sambil mengelek betina ke hulu ke hilir, sedangkan anak-anak muda dari kalangan rakyat marhaen yang terbeban dengan hutang PTPTN sibuk ke kuliah sambil menunggang Honda Cub second hand dan bila lapar, hanya mampu makan nasi dengan satu jenis lauk sahaja dan antara lauk yang popular ialah telur dadar berkuah kicap dan kerap juga mengenyangkan perut dengan mee segera!

Tuntutan anak-anak muda memansuhkan PTPTN lebih mulia dan tidak langsung kurang ajar kerana mereka menuntut kemerdekaan diri mereka dalam negara Malaysia yang merdeka ini. Anak-anak muda ini, yang berdemo semalam lebih jauh mulia daripada para bangsat yang menghabiskan duit rakyat yang dikutip melalui hasil cukai seperti duit tenakan lembu negara, pembelian kapal selam, PKFZ digunakan untuk perbelanjaan peribadi anak beranak para pemimpin secara cukup mencolok mata!

Jangan salahkan anak-anak muda yang menuntut beban ke atas kepala mereka dihapuskan tetapi salahkan anak-anak menteri yang berjoli ke hulur ke hilir dengan kereta mewah, salahkan yang tergamak pelangkong jaga kondo mewah kerana semata-mata jaga itu mengikut arahan tugasnya, salahkan anak-anak menteri yang masih muda tetapi bergaji RM45,000 atau RM35,000 hasil peruntukan lembu dan salahkan anak menteri yang kos majlis pertunangannya sahaja bernilai RM400,000 yang mana kos itu boleh digunakan untuk majlis perkahwinan 20 atau mungkin lebih keluarga rakyat marhaen di luar bandar!

Kepada anak-anak muda yang menuntut PTPTN dihapuskan, syabas, teruskan tuntutan anda. Rakyat terbanyak bersama anda kecuali mereka yang kaki ampu UBN yang tidak mampu berfikir rasional lagi melainkan terbungkam dengan umpan dan gula-gula yang membawa pelbagai penyakit!

No comments: