Followers

Sunday, April 22, 2012

Pengurusan tertinggi SPR terus tidak takut dosa!



Sepertimana biasa dalam 1Malaysia, apabila seseorang pemimpin atau pencacai UBN  berkata ‘paling baik dalam dunia’ maka maksudnya adalah sebaliknya iaitu pastinya paling buruk atau paling teruk dalam dunia!


Pengerusi SPR Malaysia, Abdul Aziz M Yusof pun sama, merupakan antara pencacai Umno yang wajib dikutuk oleh seluruh rakyat yang impikan PRU adil dan berasas. Sikap pekak badak dan bodoh sombongnya terhadap segala aduan rakyat mengenai ‘kejahatan’ dan ‘ pengkhianatan’ SPR membuktikan PRU di Malaysia selagi UBN tidak dihumban ke tanah akan terus menjadi medan buli terhadap mana-mana parti-parti sah yang menentang dasar-dasar dan perangai para pemimpin Umno yang ‘gila babi’ dalam mengurus negara, khususnya dalam mengurus harta dan masa depan rakyat.


Kenyataan Abdul Aziz konon Malaysia mempunyai daftar pemilih paling bersih di dunia merupakan kenyataan orang ‘gelap hati’ yang cuba memperbodohkan kebijaksanaan seluruh rakyat prihatin yang cintakan keadilan. Konon daftar pemilih sekarang bersih dan tiada negara lain dalam dunia lebih bersih daripada Malaysia (uu wheak!!) adalah kenyataan bebal yang cuba menyembunyikan bangkai busuk kohong dalam poket kotnya dan poket kot Wan Ahmad penolongnya yang bagaikan Ketua UMNO cawangan SPR itu.


Nampaknya kerana para pemimpin UBN, pengurusan SPR terus menjadi keras hati dan pekak badak maka mungkin antara jalan lain yang sesuai dan terbaik patut dilakukan oleh rakyat yang beragama Islam ialah membawa aduan ‘kejahatan SPR’ ini kepada Tuhan Allah Yang Maha Esa. Kita mohon Allah melembutkan hati bebal mereka itu dan jika sesuai untuk diberi balasan baik atau buruk akan kejahatan itu di dunia ini, maka segala-galanya itu adalah haq mutlak Allah Yang Maha Berkuasa.


Apa ni?


32,000 pengundi dipindah kawasan atau lokaliti berbeza

106,255 pengundi yang telah meninggal dunia antara Disember 2010 hingga September 2011, tidak dipamerkan

15,520 pengundi Sabah dan 8585 pengundi di Sarawak didaftar semula di Selangor

Wujud kes 15 orang didaftar dalam sebuah rumah

7,841 pemilih Selangor didaftar dengan kod 71 (warganegara lahir di luar Negara)

Ada pula task force Mykad kepada warga asing untuk mengundi dalam ‘PRU paling bersih dalam dunia’!

Dan macam-macam lagi!!

Nampaknya tanpa takut dosa, pengurusan tertinggi SPR semakin jahat dan khianat!

No comments: