Followers

Saturday, April 14, 2012

Orang yang sukakan' hantu' akan bersama Umno ?

Kepimpinan Najib Razak semakin 'hodoh'. Hodoh dari pelbagai sudut. Rakyat yang cerdik mampu melihat saban hari akan kehodohan yang semakin bertambah dan menjadi-jadi hari demi hari.

Apakah tidak hodoh apabila SPR kekal menjadi agensi pengurusan pilihanraya yang menipu hasrat dan semangat rakyat. Begitu banyak hantu-hantu yang bakal mengundi telah membongkar akan kewujudan 'task force' laknat yang menjadi pemangkin kepada kemusnahan keselamatan masa depan. Warga asing semudah mengemam lolipop untuk menjadi warga negara negara ini.

Apakah tidak hodoh apabila Perdana Menteri sendiri terbeban teruk dengan imej yang negatif terlalu banyak. Dari kegagalan 'mengawal' isteri berbelanja mewah, keluarga menteri menyalah gunakan peruntukan ternak lembu nasional, kemusnahan integrity sistem kehakiman, janji manis dimulut namun palsu belaka, Perdana Menytari yang berantai leher, dan hantu altanthuya yang kian menjelma di mana-mana kini. Imej kempimpinan Najib semakin memberat dan bakal mengkaramkan Umno dari persada politik negara.

Nampaknya dari jauh Muhyiddin Yasin semakin gelisah melihat 'kehodohan' imej boss-nya namun apa boleh buat imej sendiri yang pernah menyeru tauladani-lah peribadi Rasulullah, pun haru-biru apabila melihatkan pakaian anak dara yang berpakaian namun bertelanjang!

Memang Umno Njaib kian parah jika PM Najib masih di situ dan mahu kekal di situ. Altanthuya telah mati namun hantu Althantuya tak reti nak mati-mati. Hidup kembali dalam keadaan lebih menyeramkan Najib.

Apakah ini petanda bahawa seluruh ahli Umno akan melarikan diri dari Umno yang kian sarat dengan masalah demi masalah dan berhantu itu? Kita lihat PRU 13 nanti - hanya orang yang suka hantu bakal pangkah Umno!


No comments: