Followers

Tuesday, April 24, 2012

Macam mana TIBAI nak minta maaf dengan Anwar Ibrahim ya?



Hari ini parti Umno yang hanya kentut saja yang kuat itu, menerima tamparan hebat apabila parti itu secara tidak langsung diakui lembik dan tidak bermaya untuk menghadapi Anwar Ibrahim.

Mahathir bersama Umno Baru yang ‘tidak diakui’ Ku Li  sebagai Umno itu hanya mampu memecat Anwar Ibrahim, tetapi hingga ke hari ini Umno Baru iatu sebuah parti baru itu, masih belum mampu untuk menjatuhkan Anwar walaupun sudah berbagai bentuk fitnah dilemparkan kepada Anwar Ibrahim.

Umno telah melakukan pelbagai cara untuk menghenyak Anwar Ibrahim sehingga tidak ada lagi bahagian Anwar yang tidka dilondehkan, namun orang rakyat teramai masih tetap menyanjung Anwar Ibrahim dan kalau Pakatan rakyat menang PRU 13 seluruh rakyat bersetuju bahawa Perdana Menteri selepas PRU 13 adalah Anwar Ibrahim.

Alih-alih datang entah dari ceruk mana sebuah NGO yang bermursyidul am tapi dengan nama yang kasar dan ganas iaitu TIBAI mengakui bahawa Anwar akan jatuh kerananya.

Sesungguhnya hanya orang bodoh sahaja yang percaya dakwaan muka tak malu TIBAI itu. TIBAI yang ganas bunyinya itu, memang nama baru tetapi semua orang tahu yang mendokong TIBAI semuanya orang-orang yang telah basi. Selama Anwar Ibrahim dihina Umno, pemimpin TIBAI termasuk Mursyidul Am-nya telah bertebaran diserata ceruk turut bersama Umno memfitnah pelbagai perkara kepada Anwar Ibrahim, namun Anwar tetap begitu, rakyat terus mengerumuni Anwar diserata ceramahnya hingga ke saat ini.

Kalau begitu apa istimewanya TIBAI hingga mampu menjatuhkan Anwar? Selama tidak ada TIBAI adakah para pendokong TIBAI itu duduk diam saja di rumah? Apakah Ezam, Nala Karu, Roslan, Zahid M Arif, Berahing, Ghani dan yang sewaktu dengannya itu selama belum ada TIBAI tidak pernah sepatah menibai Anwar Ibrahim?
Nampaknya betullah mungkin dikata orang, puak-puak TIBAI ini hanya sekadar berinitiatif demi ‘mencari makan’! Kalau tak buat begitu, tak adalah pula orang sebelah sana ghairah mahu menabur beras!

Cukuplah TIBAI, Anwar Ibrahim sebenarnya telah lebih dari diTIBAI umno selama ini, dipecat, tidak diberi pencen, dilock-up, dipenjara, didera, diarsenik, ditumbuk mata, disepak, dibogel, diukur anunya, dimalukan, hampir dibunuh, difitnah namun Anwar tetap disayangi rakyat secara nyata dan jelas. 

TIBAI, kembalilah ke pangkal jalan sebelum kamu nanti terpaksa mencari Anwar Ibrahim di Padang Mahsyar yang maha luas sana untuk memohon maaf darinya atau TIBAI sebenarnya akan mempercepatkan lagi ke-menyampah-an rakyat kepada UBN!

Perasan:


2 comments:

Anonymous said...

TIBAI ka BAlUN ka apa-apa pun tak pelik.Tengok sajalah muka-muka yang jadi pemimpinnya. Bayang depa pun dah kenal, spesies nak cari makan lebih-lebih agi dekat PRU ni...kalau ada nasib boleh jadi calon lagi.....budaya depa ni kalau nak jadi calon kena kuat hentam PR dan pemimpinnya.

Anonymous said...

Pernah dulu zahid mat arip kata dalam ceramah, kalau dia masuk semula umno bermakna kepala dia dah tak betul atau bermakna kepala ia teruk dibancuh oleh SB...kah kah kah...