Followers

Friday, April 27, 2012

Larangan pengggunaan Dataran Merdeka bermakna rakyat negara ini masih dijajah! Siapakah penjajah itu?

Menghalang rakyat berhimpun secara aman di Dataran Merdeka menambah lagi siri kezaliman kerajaan UBN yang ada kini. Sebagai namanya Dataran Merdeka padang itu sepatutnya bebas digunakan oleh pelbagai pihak dalam rakyat tak kira apa fahaman politik asalkan memohon kebenaran. Tetapi malangnya rupa bentuk demokrasi di negara di bawah pemrintahan UBN yang tua ganyut ini, memohon kebenaran secara baik pun tidak dibenarkan, lebih rela ditutupnya selama 4 hari tanpa ada sebarang penggunaan dari mana-mana pihak!

Ini yang dikatakan pencapaian diutamakan rakyat didahulukan! Slogan yang hanya manis dibibir mulut tetapi busuk kohong dalam hati para pemimpin UBN dan pencacai mereka.

Konon kalau dibenarkan BERSIH 3.0 menggunakannya akan berlaku huru-hara dan kekecohan! Apa puak-puak ini agaknya pekak badak atau memang dari jenis tak faham cakap manusia? Bukankah penganjur BERSIH 3.0 katakan himpunan itu adalah PERHIMPUNAN AMAN untuk Duduk Bantah sahaja, tak bergerak ke mana-mana pun! Dari mana pula boleh datang huru-hara dan kecoh itu?

Ramalan nujum pak belalang dari DBKL yang konon akan berlaku kekecohan adalah dakwaan yang cuba memperbodohkan rakyat Malaysia yang bertamadun atau sebenarnya Pak Nujum DBKL itu sememangnya kambing hitam?

Sesungguhnya larangan rakyat menggunaka Dataran Merdeka esok membuktikan negara ini sebenarnya masih belum merdeka sepenuhnya kerana ianya masih dijajah oleh peninggalan British yang bernama United Malay National Organisation! Ini seharusnya menguatkan azam rakyat untuk terus bercita-cita menjejakkan kaki ke padang itu bagi memerdekakan Dataran Merdeka esok. 

Selamat datang seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan dalam negara ini ke Dataran Merdeka esok!

No comments: