Followers

Thursday, April 12, 2012

Ke arah Bersih 3.0 - 428: Apa sebenarnya Penyata Minoriti?

Apakah sebenarnya Penyata Minoriti?

Ia adalah laporan yang sewpatutnya dilampir bersama Laporan Akhir Jawatankuasa Pilihan Raya (PSC) Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya.

Ia penting untuk memberi ruang kepada suara minoriti dalam PSC memberi pandangan dan cadangan. Ini diamalkan di Parlimen negara Komenwel seperti New Zealand, Audstralia, Kanada dan United Kingdom.

Usul dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat pada 3 April 2012 untuk memasukkan cadangan dan dilaksana mengikut Peraturan Mesyuarat 30 (1) tetapi ditolak.

Walaupun tidak mendapat undi majoriti, namun cadangan dan pandangan minoriti wajib direkodkan bersama Laporan Akhir PSC.

Tiga wakil Pakatan Rakyat dalam PSC sepakat tidak memperakui Laporan Akhir PSC sebagai laporan lengkap berikutan Penyata Mninoriti tidak dibentang bersama selepas usul itu ditolak Speaker Dewan Rakyat.

Mereka ialah Ahli Parlimen Gombak, Mohamaed Azmin Ali, Dr Hatta Ramli Ahli Parlimen Kuala Krai dan Anthony Loke Ahli Parlimen Rasah.

Mereka menyifatkan ia tidak wajar kerana Penyata Minoriti mengandungi masalah dan penyelesaian yang dibentang wakil PSC Pakatan Rakyat iaitu:

Membetulkan sempadan pilihanraya DUN dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen.

Antara Mac 2008 dan suku ketiga 2011, seramai 31,294 pemilih dikeluarkan dari kawasan pilihanraya DUn dan Parlimen sedangkan proses itu menyalahi undang-undang. Jadi tindakan serta-merta mengembalikan pengundi perlu dibuat dalam tempoh 30 hari selepas laporan dibentang di Parlimen.

Kira-kira 42,000 pengundi meragukan belum dibersihkan SPR.

SPR perlu mengeluarkan nama pengundi meragukan dalam tempoh 15 hari daripada tarikh laporan dibentang di Parlimen.

Nama pengundi melebihi 100 tahun.

Daftar Pemilih Induk (DPI) SPR mendapati 65,000 pengundi berusia 85 tahun ke atas dan lebih 1000 pengundi berumur lebih 100 tahun. SAda 19 nama pengundi yang lahir sebelum 1900.

SPR perlu menyiasat secara terperinci nama warga emas berusia lebih 100 tahun. Bersihkan nama itu dari daftar pemilih dalam tempoh 30 hari.

Senarai pengundi ragu menggunakan nombor kad pengenalan bertentangan jantina.

Lebih 15,000 nama difatra menggunakan nombor kad pengenalan bertentangan jantina. SPR wajib menyemak nama itu dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan membersihkan senarai daftar pemilih dalam tempoh 30 hari.

Isteri anggota polis difatra sebagai pengundi pos.

SPR perlu mengeluarkan semua nama isteri anggota polis yang didaftar sebagai pengundi pos dan dimasukkan semula sebagai pemilih biasa dalam trempoh 15 hari.

Dipetik dari Suara Keadilan 61

No comments: