Followers

Thursday, April 05, 2012

Isu 'task force' warga asing: Apakah para pemimpin Umno sanggup menjadi 'musuh' rakyat tempatan?

Nampaknya tiada apa lagi yang tidak diberikan oleh kepimpinan Najib dan para pemimpin Umno/Bn nya kepada pihak asing.

APCO sedang berada dalam ‘kelambu’ kepimpinan Najib Rosmah dengan Umnonya di Putrajaya untuk proses penggadaian kedaulatan Negara!


Tanah Melayu semakin berkurangan kerana diberikan kepada pihak asing!


Felda bakal ditelan pihak asing jika penyenaraian ke bursa Malaysia menjadi kenyataan!


Kerajaan Umno Najib Rosmah tidak malu-malu berdagang dengan Israel dan Minyak sawit Malaysia hasil keringat peneroka Felda dan rakyat yang lain juga telah dengan selambanya dijual ke Israel musuh utama umat Islam yang menyiksa dan membunuh umat Palestin, oleh kempimpinan Umno Najib Rosmah!


DAN KINI, kepimpinan Umno Najib Rosmah ‘menggila’ memberi kerakyatan kepada warga asing dengan semudah itu demi mempertahankan kuasa peribadi rakus mereka.


Jika pengkhianatan ini diteruskan, negara Malaysia dan rakyat tempatan pasti tidak selamat lagi dan para pemimpin Umno/Bn kini yang membiarkan perkara ini berlaku, hampir menjadi ‘musuh’ rakyat! Kerana tidak rela kalah dalam plihanraya yang merupakan perkara lumrah dalam mana-mana pertandingan dan perlawanan, apakah para pemimpin utama Umno ini tergamak menjadi 'musuh' rakyat tempatan?


Ayuh kita duduk berhimpun aman sejuta rakyat dalam BERSIH 3.0 nanti. Jangan lupa 28 April!


Dipetik:


Najib bertanggungjawab ‘task force’ warga asing


Harakahdaily 05 Apr 2012


KUALA LUMPUR, 5 April: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah orang yang paling bertanggungjawab atas kewujudan 'task force' yang memberi taraf kerakyatan kepada warga asing, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Apabila 'task force' itu memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti, tak mungkin mereka diberi kerakyatan untuk memilih mana-mana parti. Tentulah mereka dikehendaki memilih Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Najib sahaja.

"Lebih penting lagi, tak mungkin 'task force' seperti itu boleh wujud tanpa keizinan dan persetujuan Perdana Menteri memandangkan sebahagian dari yang terlibat itu adalah pegawai-pegawai kerajaan berprofil tinggi," katanya.

Bagi Salahuddin, apa yang berlaku itu adalah satu pengkhianatan yang sangat keji ke atas kedaulatan negara dan undang-undangnya.

"Lebih malang lagi, bolehkah kita mendakwa bahawa Perdana Menteri bukanlah boss besar kepada 'task force' itu?

"Apabila berlaku pengkhiantan, bolehkah kita mendakwa Perdana Menteri tidak mengetuai pengkhianatan terhadap negara itu?" katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga yakin projek memenangkan BN yang melibatkan 'task force' itu pasti menggasak wang rakyat dalam jumlah yang sangat besar.

"Selepas diberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti, tentulah wajib diadakan sistem pemantauan dan ugutan untuk memastikan warga asing berkenaan mengundi BN.

"Semua itu tentulah menggasak begitu banyak wang rakyat. Tak mungkin Najib dan para pemimpin Umno dan BN mahu mengeluarkan wang dari poket sendiri untuk membiayai projek memenangkan BN itu," kata Salahuddin.

Malah, katanya, pelbagai kesan dan akibat dari tindakan membanjirkan negara ini dengan warganegara asing yang diberi taraf kerakyatan itu juga akan memakan belanja yang luar biasa besar.

"Dengan taraf sebagai warganegara semata-mata kerana hendak memenangkan Umno dan BN, mereka juga akan mendapat pelbagai keistimewaan yang sememangnya dinikmati oleh rakyat negara ini. Semua itu akan memakan belanja berterusan yang sangat besar jumlahnya.

"Negara terpaksa menangung beban tambahan berterusan semata-mata kerana hendak memenangkan Umno dan BN. Itu belum lagi diambilkira kesan dan masalah sosial yang tidak dapat dielakkan akan tercetus," kata Salahuddin.

Sebab itulah beliau yakin, 'task force' tersebut akan menjadi pencetus kemarahan rakyat dan mereka akan membanjiri ibu negara dan tempat-tempat perhimpunan lain yang ditentukan di seluruh negara pada 28 April ini.

Bersih 3.0 menetapkan 28 April ini untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran duduk bantah di Dataran Merdeka dan di tempat-tempat lain yang ditentukan di seluruh negara.

"'Task force' itu pasti menjadi satu lagi penyebab utama yang mendorong seramai-ramai rakyat berhimpun dalam perhimpunan Bersih 3.0 seluruh negara 28 April ini.

"500,000 duduk dan bantah di ibu negara bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai oleh perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini," kata beliau.

Salahuddin tidak menolak kemungkinan besar PAS akan menubuhkan 'task force'nya sendiri bagi menghadapi kerja jahat 'task force' itu.

Sumber:harakahdaily

No comments: