Followers

Monday, April 09, 2012

Impian Najib: "Malaysia negara Islam pertama dunia capai status negara maju" -Cheh...Taik Kucing!!

Orang-orang Melayu terus didendang dengan lagu terbaru Najib Razak, “Malaysia Negara Islam pertama dunia capai status negara maju”.


Orang-orang Melayu yang terdiri daripada kira-kira 5,000 imam, ahli jawatankuasa masjid serta surau, guru agama dan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) terus disuap dendangan lagu tersebut untuk menyedapkan halwa telinga dalam keadaan rakyat begelut dengan pelbagai himpitan hidup, kondo lembu sharizat, SBPA dibatalkan, harga minyak naik, GST bakal menekan rakyat, Tajudin Ramli tak payah bayar hutang, ular lidi mahu menelan ular sawa di Felda dan kepincangan pelaksanaan pilihanraya oleh SPR.


Apalah agaknya yang rakyat khususnya orang-orang Melayu dapat dari status negara Islam PERTAMA dunia capai status negara maju?


Dalam dendangan Najib bahawa Malaysia di bawah UBN bakal menjadi negara Islam PERTAMA mencapai status Negara maju majority orang-orang Melayu Islam:


Orang-orang Melayu Islam terus-terusan dipekakkan daripada mendengar berita isteri Perdana Menteri bercincin RM24 juta konon dengan wang yang dikumpuldari sejak lahir!?


Orang-orang Melayu Islam dipaksa menerima seadanya apalah sangat dengan isu RM250 juta untuk keluarga Sharizat dan apalah sangat beratus juta ringgit pelepasan hutang kepada Tajudin Ramli berbanding kononnya Anwar Ibrahim agen segala bangsa jahat di dunia ini!


Orang-orang Melayu Islam dipekakkan dari mengetahui hakikat bawa GST akan menjerut leher mereka sebaik sahaja Umno menang PRU ke 13 atas alasan kalau tak laksanakan GST negara akan bangkrap! Memberi begitu sahaja kepada Tajudin Ramli dan para kroni tidak akan bangkrap, isteri PM berboros wang rakyat tidak akan membangkrapkan cuma hanya kalau bagi untuk rakyat miskin pasti Malaysia bangkrap! Satu pandangan ekonomi yang paling haramjadah!


Orang-orang Melayu Felda terus dilina oleh Isa pendek yang mendendang lagu mustahil syarikat asing kuasai FGVH!! Boleh percayakah jaminan Isa pendek yang pernah didakwa bersalah oleh Umno sendiri sebagai pernah terbabit rasuah politik wang?? Semasa UBN memerintah, kalau Pulau Singapura boleh hanyut dan Pulau Batu Putih dan Kandang Kerbau boleh terlepas kepada orang asing, apalah sangat dengan FGVH! BERNAS pernah terlepas kepada cukong asing apakah FGVH tidak mustahil terlepas juga? Hanya sekadar jaminan seorang Isa Samad, boleh percayakah? Atau para peneroka bakal menjadi tipah tertipu?


Bolehkah Malaysia di bawah UBN mencapai tahap negara Islam PERTAMA menjadi negara maju dalam keadaan samseng-samseng upahan UBN dengan otak bebal tidak mampu meraikan perbezaan ideologi politik dalam suasana demokrasi yang sewajarnya? Orang berceramah, mereka dengan samsengnya berceramah di sebelah! Macam dah tiada hari esok! Orang kata gila babi, marah! Habis nak kata apa kepada perangai samseng-samseng dan NGO UBN macam itu? Macam babi gila?


Orang nak berceramah, mereka datang menganggu, kemekkan kereta, pecahkan cermin kereta, menjerit-jerit macam kera! Orang nak merasmi cawangan baru, mereka datang menghalang dengan kayu! Ini warga negara Islam maju UBN taik kucing!! Orang kafir di Amerika tahu meraikan perbezaan ideology politik!


Cukuplah kita wahai orang-orang Melayu Islam membiarkan diri, didendangkan dengan lagu mengarut lagi membodohkan, konon, “Malaysia Negara Islam Pertama di dunia mencapai Negara Maju”. Wey...buat malu kat orang Brunei je lah!


Duit tunai Rm20,000 pun tak ada dalam simpanan majority rakyat, nak jadi negara Islam pertama maju!? Bas henti-henti pun macam bas kat Bangla, nak jadi negara Islam pertama maju!? Rasuah bersepah besar dan kecil, nak jadi Negara Islam pertama maju!? SPR penipu dan jahat macam afrit, nak jadi Negara Islam pertama maju!? Bini tak pakai tudung dedah aurat ke hulu ke hilir nak impi negara Islam pertama maju!? Hutang negara bersarat, negara bakal bankrap nak capai status negara maju!!? Pirah mabuk, bercakap macam orang telan pil kuda, nak bawa negara menjadi negara Islam pertama mencapai status negara maju!!?


Baca sini:ImpianNajib

No comments: