Followers

Thursday, April 19, 2012

Ciri-ciri zalim akta baru ganti ISA lebih keras dari ISA!

Nampaknya semakin sahih Malaysia semakin berundur ke belakang dalam keadaan negara Mynmar terus maju dengan reformasi demokrasi yang semakin mengujakan. Pembentangan RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khsa) 2012 yang dibetangkan di dewan Rakyat membuktikan hakikat itu. Malaysia terus ditinggal oleh Mynmar untuk nanti bakal menjadi kera sumbang di pentas antarabangsa!

Datuk Seri Anwar berkata RUU Kesalahan keselamatan itu bersifat lebih keras berbanding Undang-undang lama Akta Keselamatan Dalam Negeri 1964 (ISA). Kalau sudah lebih keras tranformasi apa namanya begitu, kerana negara ini akan terus diserkup dengan pemerintahan ala-kuku besi apabila pemimpin merasakan kedudukan peribadinya tergugat.

Berikut adalah ciri-ciri zalim Akta baru yang mengganti ISA:

RUU ini akan memberi kuasa besar kepada pihak eksekutif dalam menangani kesalahan keselamatan.

Kesalahan Keselamatan didefinisikan sebagai kesalahan di bawah Bab VI (kesalahan terhadap negara) iaitu seperti memerangi Yang Dipertuan Agong (YDPA), merancang perang, menyerang ahli parlimen, memberi perlindungan kepada orang yang menyerang YDPA dan VI(A) (kesalahan berkaitan keganasan) Kanun Keseksaan iaitu seperti menyokong perbuatan keganasan, membuat aktitivi keganasan dan lain-lain.

Seksyen 4-Memberi kuasa kepada polis untuk menahan selama 28 hari tanpa hak untuk dibawa kepada majistret bertentangan dengan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

Seksyen 4- Memberi kuasa kepada polis untuk pasang peranti khas untuk pengawasan. Tiada kuasa kehakiman untuk menyemak sama ada penahanan itu wajar atau tidak. Hak habeas corpus juga dinafikan.

Seksyen 5- Hak untuk berunding dengan peguam yang dijamin di dalam Perlembagaan boleh ditangguh selama 48 jam.

Seksyen 6- Kuasa untuk memintas komunikasi hanya dengan kebenaran Peguam Negara bercanggah dengan hak kebebasan diri.

Seksyen 8- Tatacara penggunaan 'maklumat sensitif' mungkin mendedahkan kepada salahguna kuasa kerana budi bicara Peguam Negara sebagai eksekutif terlalu luas.

Maklumat sensitif seperti dalam Seksyen 2 mendefinisikan bukan sahaja bahan atau maklumat yang berkaitan kedaulatan dan keselamatan negara bahkan berhubung dengan apa-apa jamaah menteri atau exco sama ada diklasifkasikan sebagai 'Rahsia' atau tidak.

Kuasa terlalu besar akan mendedahkan kepada salah guna kuasa untuk mempertahankan perkara yang tidak betul.

Perkara-perkara yang bertentangan dengan prinsip hak asasi dan menyimpang dari amalan biasa tatacara jenayah;

Peguam Negara diberikan kuasa untuk tidak memberikan maklumat sensitif kepada tertuduh (S.8)

Orang yang dituduh di bawah Akta ini tidak boleh dijamin kecuali orang yang di bawah umur 18 tahun, seorang perempuan atau sakit atau uzur (S.13). Agak aneh kerana tertuduh sepatutnya boleh dijamin dan dipasang peranti pengawasan.

Cara khas keterangan saksi seperti saksi tidak perlu di cross examine (S.14-16)

Admisibility of evidence yang longgar:

a. Keterangan saksi yang telah mati boleh dipakai,
b. Keterangan kanak-kanak boleh diguna,
c. Senarai geledah boleh digunakan tanpa dokumen bukti,
d. Pengecaman tertuduh dengan gambar boleh diguna,
e. Exhibit tidak perlu jika maklumat sensitif
f. Tiada paksaan cara bagaimana maklumat diperolehi,
g. Apa sahaja dihasil komputer boleh diterima sebagai bukti,
h. Keterangan ejen provokasi boleh diterima.

Penahanan tertuduh sehingga segala proses rayuan selesai (S.30)- Pendakwa boleh memohon secara lisan untuk perintah reman.

GILER!!!


No comments: