Followers

Sunday, April 29, 2012

Betapa tingginya tahap Profesionalisma polis Malaysia!

Sungguh, Polis Malaysia menyuraikan Himpunan Aman Bersih 3.0 secara profesional. Benar sekali ulasan Menteri mulut lembik yang menjaga Kementerian Dalam Negeri itu.

Berikut adalah bukti-bukti kukuh betapa profesionalnya polis Malaysia di bawah pemerintahan Rosmah-Najib dalam menyuraikan himpunan Bersih 3.0 tersebut:

1. Menyembur air gas kepada para peserta yang tidak bersenjata tanpa memberi masa yang cukup untuk bersurai.

2. Menyamar sebagai demonstran untuk membuat provokasi dan keonaran agar esoknya dan bila-bila UBN boleh tuduh demontran tulin sebagai ganas. Tak percaya tanya Zaharin!

3. Polis trafik 'boleh' membelasah seorang demonstran sampai lembik dan lebam-lebam secara beramai-ramai di tengah jalan.

4. Polis pakaian biru BN, membelasah anggota unit amal secara beramai-ramai dengan menggunakan rotan di tengah jalan. 

5. Beramai-ramai membelasah wartawan sehingga patah tulang rusuk!

Demikian ciri-ciri profesional Polis Diraja (DIRAJAA!!) Malaysia!

Maka itu di atas tahap 'profesional' yang begitu mengujakan semua pihak maka adalah dituntut Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang lembik mulut Hishamuddin Husin dan dan Perdana Menteri kerajaan Rosmah-Najib LETAK JAWATAN SEGERA kerana Himpunan Aman BERSIH 3.0 yang disertai lebih 250,000 orang telah membuktikan bahawa seluruh rakyat Malaysia yang tulin dan sah sudah tidak inginkan kamu!


1 comment:

aliaze said...

Kan KPN kata professional dan ikut SOP. Sebab tu polis boleh belasah pendemo ramai2. Tak salah sebab bos dia bg green light.
kalu polis kena belasah dgn pendemo pun aku setuju jgk sebab bkn senang nak belasah polis ni..