Followers

Wednesday, April 25, 2012

BERSIH 3.0 Duduk Bantah hanya tinggal 4 hari lagi, JOM KITA LIMPAH-RUAHKAN DATARAN MERDEKA!

BERSIH 3.0, Duduk Bantah, hanya tinggal 4 hari sahaja lagi. Seluruh rakyat yang cintakan keadilan dan ketelusan khususnya dalam proses pelaksanaan pilihanraya di Malaysia kelihatannya di mana-mana, telah bersiap sedia untuk turun ke Dataran Merdeka. Tak kira tua apatah lagi anak-anak muda kian berebut baju kuning untuk dibawa bersama dalam himpunan Duduk Bantah, BERSIH 3.0.

Seorang anak muda yang awalnya tidak kisah sangat akan BERSIH 3.0 telah memberitahu penulis, kini dia tidak sabar untuk hadir apabila Tok Guru Haji Hadi mengatakan bahawa beliau akan turun ke himpunan itu dan bertambah bersemangat beliau dan rakan-rakannya apabila Tok Guru Nik Aziz mengatakan hadir ke HImpunan BERSIH 3.0 kerana menentang ketidak-adilan adalah wajib! 

Anak muda yang tidak begitu  tinggi tahap pengajiannya itu, namun mempunyai kesedaran ikhlas dan semangat yang tinggi, memberitahu penulis bahawa, "kita semua wajib menentang Najib dan SPR kerana membiarkan warga asing begitu mudah menjadi warganegara untuk membolehkan mereka ini mengundi. ini kejahatan maha besar Najib razak dan kuncu-kuncunya yang saya tak boleh terima langsung," kata anak muda itu dengan agak emosi.

Nampaknya kali ini UBN akan hancur berkecai dilanda gelombang kebangkitan rakyat. Seluruh pemimpin yang cintakan keadilan dan ketelusan pilihanraya baik dari Pakatan Rakyat, Umno asal, ngo-ngo di bawah BERSIH dan NGO-NGO di luar bersih seperti Tanah, API, Amanah, Himpunan Hijau, Occupy Dataran dan lain-lain akan turut bersama Duduk Bantah Najib daj SPR masih masih menipu, memanipulasi daftar pemilih dan pekak badak sehingga ke saat ini.

Kali ini rakyat tidak bergurau lagi, rakyat tidak main-main, we are seroius, so serious dalam tuntutan BERSIH 3.0. Kami bukan sahaja akan melimpah ruahkan Dataran Merdeka malah akan memenuhi seluruh Kuala Lumpur! ADAKAN PILIHANRAYA BERSIH, iika tidak, jangan buat Pilihanraya!!



No comments: