Followers

Wednesday, April 11, 2012

Awas! Peneroka tinggal sehelai sepinggang!

Penulis tak tahulah, kalau-kalau masih ramai peneroka yang lebih mempercayai Isa pendek dan Najib Altantu berbanding Ku Li. Ku Li walaupun seorang yang masih Umno namun adalah seorang pemimpin yang berintegriti. Kerana sifatnya berintegriti itulah maka Ku Li diperosokkan oleh Umno ke ceruk kerana spesis Umno Baru memang tak suka orang yang telus dan berintegriti sepertinya.

Ku Li menjangkakan jika Felda disenarai di Bursa Malaysia maka akan sampaia masanya para peneroka tinggal sehelai sepinggang. Malangnya masih ada segelintir peneroka yang kurang cerdik terlalu seronok dengan janji durian runtuh yang tidak seberapa dan bakal menghabiskan durian runtuh dalam masa seminggu! Selepas itu para peneroka yang fanatic UBN menjadui lebai malang, yang dikendong tak dapat yang dikejar berciciran.


Sesungguhnya memang malang janji manis Isa Samad yang memang umum telah ketahui telah lama hilang integrity dan amanah, lebih dipercayai dan diyakini berbanding Ku Li yang bersih rekod dan pekhidmatannya. Lebih malang Najib yang umum telah ketahui yang bininya boros berbelanja lebih dipercayai dan diyakini berbanding Ku Li seorang veteran Umno tulin.


Nampaknya jika penyenaraian FGVH tersebut diteruskan, peneroka Felda bukan sahaja tinggal sehelai sepinggang malah mungkin lebih teruk, bertelanjang bulat kerana yang sehelai sepinggang itu pun terpaksa digadai!


Semoga para peneroka tidak akan terjerumus dalam ‘perangkap’ Isa Samad dan Najib Atantu. Sedarlah dan bertindaklah dalam PRU ke 13 nanti dengan mengundi pihak-pihak yang lebih telus mahu membela hak rakyat Asal Bukan Umno (ABU).



Baca:sini

No comments: