Followers

Wednesday, April 25, 2012

Amaran pencacai tua 'penjajah' Dataran Merdeka menyemarak semangat rakyat untuk terus bebaskan Dataran Merdeka dan Pilihanraya Bersih!

Sikap Datuk Bandar Kuala Lumpur yang tidak membenarkan malah siap memberi amaran keras lagi kepada BERSIH 3.0 agar tidak mengadakan Himpunan Bersih 3.0 Duduk Bantah adalah gambaran wajah sebenar pemerintahan Umno Baru di bawah Rosmah-Najib. 

Amaran yang terpacul dari mulut 'herot' Datuk Bandar itu adalah pentanda tidak baik bagi kesinambungan nyawa tuannya yang sedang memerintah. Sedarkah Datuk Bandar itu siapakah yang dia beri amaran itu? Dan berapara orang manusia yang dia beri amaran itu? Aku rasa Datuk Bandar ini adalah seorang datuk bandar yang duduk di bawah tem[urung kemewahan hingga tak tak tahu apa yang baku  berlaku di luar tempurung.

Woi....Datuk Bandar, kamu memberi amaran kepada 500,000 rakyat, bukan seorang woi! Siapa peduli jari telunjuk kecut kamu itu?

Aku sangat yakin, amaran yang dikeluarkan oleh Datuk Bandar itu terus menjadi pemangkin kepada lebih ramai rakyat untuk keluar membebaskan Dataran Merdeka dari terus dijajah oleh pencacai Umno seperti Datuk Bandar. 

Orang bukan nak pergi tenggala padang Dataran Merdeka woi, orang nak pergi duduk sahaja, pun tak bagi, apa punya barua daa! Tak payah sebut tentang peraturan dan syarat guna padang dan macam-macam, itu semua pandir belaka, orang bukan nak buat apa pun nak pergi duduk...nak duduk...nak duduk woi! Nak duduk tengah padang dari pukul 2 hingga pukul 4 pun ada peraturan?  Apa punya Malaysia ni atau padang itu agaknya bapak siapa punya ya?

Wajah United Malay National Organisation telah begitu buruk dan hodoh dek kerana keluarga lembu, Lynas, tanah tergadai, Abd Aziz dan Wan Ahmad SPR pekak badak, kini sikap Datuk Bandar ini menambah lagi wajah hodoh United Malay National Organisation bagaikan hantu dalam  botol kicap, cheh!

Jom rakyat, kita bebaskan Dataran Merdeka yang sedang dijajah Umno itu

1 comment:

Nazaruddin Mohamad said...

Bengong punya datuk bandar! Dia ingat selama ni perbelanjaan penyelenggaraan Dataran Merdeka tu pakai duit poket dia ker? Kan ker semua perbelanjaan termasuk gaji datuk bandar tu dibayar daripada perolehan hasil cukai yang dikutip daripada rakyat! Dah bagi amanah, khianat pulak. Lepas ni silap-silap nak pergi KL pun kena mintak kebenaran datuk bandar bengong tu jugak! Nanti bila PR dah memerintah, tolonglah pinda akta berkaitan kuasa datuk bandar yang melampau ni kerana ia mendedahkan kepada terlalu banyak penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah. Sapa yg pernah berurusan berkaitan pembangunan dan apa saja di DBKL yang melibatkan kuasa datuk bandar, sudah pasti arif dengan 'game' manusia yang bergelar datuk bandar yang 'so powerfull'. Bebaskan segala hak kemudahan awam daripada dikuasai oleh badan-badan yang tak relevan ni. Bagi tugas penyelenggaraan sahaja kepada dia orang ni.. jangan lebih drpd tu.